Tenkiu Dear!

Friday, June 18, 2010

termakan telur lalat!!!!!!!!!

gosh... yuckkkzz!! mencinyaa~~~
peristiwa makan tengahari. aq punya la tengah lapar giler nak melantak makan. so, ajak la adik aq makan sekali. lauk-lauk tu semua ok je. tapi tak disangka-sangka, rupanya aq and adik aq dengan lahapnya termakan telur lalat! cesssssss...... bedebah ko lalat!! takde tempat len ke ko nak membuang bertelur?? kat dalam botol kicap manis feveret adik aq pun ko nak jadikan port.. aiseyman.. sape la yang tak tutup balik penutup botol kicap tuh.. isyh3.. hampeh sungguh.. tak pasal-pasal kang kitorang cirit-birit sakit perut berhari-hari.. huwaaaa.... mak tak sanggup..

kepada kaum-kaum lalat sekalian, harap korang cariklah port klang yang terbaik seperti di timbunan sampah dekat belakang umah MakCik Tijah nun... (kenal pulak aq dengan MakCik Tijah... hahaha).. tak pasal-pasal aq dah jadi ibu tumpang kepada anak-anak encik dan puan lalat.. tapi aq tak tanggung eh lau anak-anak korang ni mati dalam kandungan (alhamdulillah......geli nak bayangkan telur-telur menetas keluarkan segala macam ulat a.k.a larva..yucckkzz3!!)


picture taken from here

notadurian: rela lagi makan telur itik ngan telur ayam.....

5 comments:

faizerkaizer said...

tak leh nak kata apa,.kalau kat kg lalat banyak tapi takkan bertelur kat lauk pauk kita,. bila kat bandar, baru lauk terdedah sikit dah penuh telur lalat,.terpaksa buang,.benci betul.

syafiqsulaiman said...

klo termakan sikit xpelaa...
klo dah banyak sgt..
bleh sakit perut gak tu..

p/s
jemputy lawat ke blog saya k..

Anonymous said...

http://www.youtube.com/watch?v=50pBDgX3Ohg

Mira R. said...

kalau TER takpe, dimaafkan. hehehehe :)

Cik Durian said...

Hahaha..Lalat kat bandar memang sangat aktif!

HeartBeat