Tenkiu Dear!

Thursday, June 24, 2010

Bilikku diserang ulat hijau...!!!

Gulp~~~!!! Sedapnya aq buat entry ni lepas lunch.. Hadoi.. Tapi nak buat jugak. Hehehe.. Aq labelkan kisah ni sebagai kisah seram.. Hahaha...

Amaran keras: Jangan baca entry ni kalau anda baru lepas makan. Tapi kalau tak geli, dipersilakan.... ;P (kredit pic ulat kepada faez)

Geli sungguh!! Malam tadi aq tengah syok-syok blogwalking dan masa tu adik aq, cik Hani tengah duduk kat lantai dengan cik Lisa (adik aq jugak) sambil tengok muvee Big Fat Liar yang dah berapa kali ulang tengok ntah. Diorang ulang tengok muvee tu semata-mata nak praktis buat sound enjin start 'D-D-D-D-D-D-D-D..!!" (ada dalam satu scene muvee tu.. nak tau korang tengok la sendirik ye..)


Nak dijadikan al-kisahnye, tiba-tiba budak 2orang tu kecoh-kecoh. Aq buat donno je la sebab dah bese dengan kekecohan tahap gaban macam tu. Tiba-tiba cik Hani panggil aq and dia tunjuk satu menda kat atas toto. Menda tu sedang beriadah dengan girangnya di atas toto kitorang. ERK!!!! Siot ko Hani!! Dia lagi suka tunjuk kat aq sebab taw aq ni memang sangat geli/benci/anti spesies-spesies ulat mahupun cacing yang tak berapa nak ensem or jelita tuh.


Oh no!! Aq dah mula gelabah. Nak jerit "TOLONG!! TOLONG!!" tak boleh la pulak. Incik Superman cuti lak semalam. Takpe-takpe. Kita relaks dulu. Tarik nafas banyak-banyak.....Oleh sebab aq nak calling-calling dengan Incik Ribena (aq dapat free call & sms seminggu...syoknyerr.....!! Weee~~), aq pun melarikan diri ke ruang tamu untuk bergayut-gayutan.


Dah abis aq gayut tu, aq gi bilik semula.... Aik?? Aq tengok adik-adik aq dah kemas toto kat lantai tu and semua berkampung atas katil sebab tak lama pastu, datang pulak la kawan-kawan si ulat tu... Jatuh dari siling jugak. Eh! Korang ni tengah buat pertunjukan payung terjun ke wahai ulat-ulat sekalian??Haissyhh.. Tak boleh jadi ni.


Aq pe lagi.. Terus bertindak mengangkut laptopku dan rakan-rakannya bawak keluar. Aq decide tak nak tido dalam bilik tu. Isyhh... Tak boleh la nak bayangkan tengah tido tu ulat-ulat tu landing kat badan aq.. Yuckkks~!! Adik-adik aq konfiden je tido dalam bilik tu.


Esoknya aq bangun, ni yang aq nampak kat lantai bilik...


(cariklah ulat dalam bedak tu kalau boleh.. ;P )


Hoho.. Adik-adik aq menjalankan misi membasmi ulat-ulat tu. Cik Hani la cerita kat aq yang diorang gi tabur bedak kat ulat-ulat tu, pastu spray dengan spray nyamuk. Wakakaka.... Aq gelak giler-giler. Banyak giler tompokan bedak-bedak tu kat atas lantai. Haih.. Mana la korang dapat idea camtu? Aq rasa ulat-ulat tu mati lemas dalam bedak-bedak tu. Oh ye, aq tak sempat snap gambar ulat tu sebab gelabah punya pasal. Hehehehe...


Begitulah kisahnya bilikku dijadikan lokasi pertunjukan payung terjun oleh ulat-ulat.. Kalau malam ni ada lagi, aq takmo tido kat bilik lagi. Baik aq tido kat sofa ruang tamu je.. (ada gaya macam laki bini ngah gaduh tak?? Hik3!)


notadurian: kalau ulat tu comel macam gambar di atas, aq ambik buat jadi haiwan peliharaan je. Amacam? Ok tak? Hahahaha...

4 comments:

cik panadol said...

tak suke ulat2 yang menggelikan ni....eeee

Cik Durian said...

hahaha..sama2!! euuwwww~`

-telordibasuh- said...

tu ulat buah durian tu hehheehe

Cik Durian said...

ulat durian kaler cream laa.. tapi xtaw la kot ulat tu gi dye kaler badan die jd ijau kan.. haha

HeartBeat