Tenkiu Dear!

Sunday, February 27, 2011

Berehat Sebentar!

Assalamualaikum....

Blog Cik Durian akan berehat sebentar buat masa ni atas sebab-sebab tertentu.. Thank u so much kepada semua yang rajin visit blog ni. Masih menjengah blog korang tapi tak tinggalkan jejak. Yang tak sempat dijengah tu, so sorry ye. InsyaAllah blog korang akan ku terjah! Hehehe...

Till then,
-Cik Durian-

Saturday, February 19, 2011

Dia Datang Lagi!

Dia datang lagi!
Dalam bentuk yang lebih menyakitkan.
Berbisa.
Semoga aku kuat!
Lebih dari yang sebelumnya.
Hidup dalam realiti.
Tak semuanya kita tahu.
Tak selalunya kita betul.
Harus bersedia!
Untuk hadapi segala kemungkinan.
Hidup adakalanya gembira.
Adakalanya duka.
Ketabahan itu perlu.
Ketenangan itu yang dicari.
Semoga Allah sentiasa bersamaku.

Wednesday, February 16, 2011

Keajaiban Doa Kepadaku

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah, aku bersyukur sangat bila doaku dimakbulkan Allah. Beberapa hari ni, aku berada dalam keadaan yang sangat runsing mengenai sesuatu. Jadi, aku berdoa setiap kali solat dengan doa yang specific / detail. Contoh kalau aku nak beli kereta, aku sebutlah apa nama kereta tu, bila aku nak. Itu doa yang detail la. Contoh je ye. Lesen pun aku tak dapat lagi, kereta kena dok dalam waiting list lagi lah. Hehehe.

Credit to : http://www.flickr.com/photos/ranoush/2111454638/

Aku sebenarnya selalu dapat rasa adanya kelebihan apabila kita berdoa, berkomunikasi dengan Pencipta kita. Pada aku, takde sesiapa pun dalam dunia ni benar-benar faham tentang aku melainkan Allah Taala. Sedangkan aku sendiri pun kadang-kadang tak faham dengan diri sendiri. Huhuhu. So, kalau ada sape-sape yang claim dia faham aku, kenal aku macam mana, itu hanyalah anggapanmu sahaja. Hakikatnya tidak. Hanya beberapa orang je yang memang kenal aku macam mana.Boleh dikira dengan jari kat sebelah tangan je. Tu pun kurang. Sebab tu lah kita kena dekatkan diri dengan Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Penyayang.

Hanya Allah sahaja yang faham naluri hambaNya. Buruk baik hambaNya. Jangan buat kesilapan dengan menuding yang orang tu jahat, orang tu perangai tak elok, sedangkan kita ni manusia biasa. Kita tak dapat lari daripada membuat kesilapan. Sebaik-baiknya, kita cermin diri sendiri je dan usaha untuk memperbaiki apa yang kurang. Peringatan untuk diriku juga.

Apa pun, jom kita sama-sama berdoa dan meminta kepadaNya kerana hanya Dia yang faham kita. Hanya dia yang tahu apa yang ada di dalam hati kita. Tak rugi pun. Ikhlaskan hati, tumpukan sepenuh perhatian kepadaNya apabila berdoa. Berdoa secara berterusan dengan sepenuh hati, insyaAllah dengan izinNya, doa kita akan dimakbulkan. Aku sendiri pernah merasai pengalaman sebegitu seperti semalam apabila doaku dimakbulkan Allah. Menitis air mata rasa bersyukur yang amat sangat. Allah sudi memakbulkan doaku walaupun aku bukanlah hambaNya yang baik. Syukur Alhamdulillah...

Bila waktu yang mustajab untuk berdoa?

  •  semasa hujan
  •  sewaktu sujud
  •  sewaktu mendapat nikmat
  •  waktu sepertiga malam
  •  selepas bertaubat
Gabungan adab berdoa yang baik dan cara yang betul dan mungkin pada masa yang sesuai, mana tau doa korang senang diangkat. InsyaAllah... Lagi satu, boleh juga buat solat hajat. Cara buat solat hajat, korang boleh tengok dekat sini Solat Hajat. Kalau nak belajar cara menunaikan solat sunat yang lain berserta bacaan, boleh tengok dekat sini : Solat Sunat

Di dalam surah Al-Mukmin ayat 60 menjelaskan :


"Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!"

Tuesday, February 15, 2011

Nak Buat Banner Blog

Huhuhu..Macam tak ceria kan belog ni bila takde banner? Nak buat tapi belum ada software adobe photoshop. Ada tak sesiapa yang boleh buatkan banner untuk Cik Durian? Hehehe.. Tak malu kan muka mintak orang buat kan? :P

Boleh je nak buat sendiri tapi takde software. Laptop ni dah berat.. Biasa la laptop lama... Ram pun tak sampai 1Gb..

Teringin nak buat banner blog yang cantik dan kiut macam hasil kerja Si Gadis ni. Dia yang buat header yang cantik untuk blog Fatin Liyana. Nak jugakkkk.... Huhuhu.. Blog Hanis Zalikha pun cantik jugak header dia. Kalau tak silap dia juz guna MS Paint je. Sangat kreatif! Kalau aku buat entah jadi ke tak. Hehehe

Tak kisah if kena bayar pun, tapi bukan untuk sekaranglah coz sekarang banyak nak pakai duit. Ai dah semekin ni. Huhuhuhu. Sian aku. LOLZ!

Ni contoh-contoh design yang aku pernah buat guna photoshop. Tak cantik mana pun. Baru belajar masa tu. Dua tahun lepas. Ada banyak lagi tapi dah hilang pulak file dia. Huhuhu.

Yang ni sangat simple. Tambah gambar & tulisan je.

Yang ni buat untuk birthday my fren.

Perempuan tu bukan aku tapi orang lain. Aku edit je.

Mug yang aku design letak nama aku masa zaman matrik.

Mug yang aku design masa dulu.

Buat poster untuk geng-geng aku masa matrik. Zati, Hanis & Suzi.

Yang ni hasil kerja aku untuk poster filem. Assignment masa matrik.
Tak lama lepas aku buat poster filem Bila Bulan Mengambang kat atas tu, kuar pulak filem Kala Bulan Mengambang yang Rosyam Nor berlakon tuh. Hahahah. Sangat kebetulan!

Okeh. Lepas ni kena carik software adobe photoshop dan mulakan kembali hobi aku dolu-dolu iaitu design. I really miss it! Huhuhu.




A Real Role Model - Nabi Muhammad S.A.W.

Assalamualaikum....

Bersempena dengan hari ulangtahun keputeraan baginda Nabi Muhammad S.A.W. , ku ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul.

Ingat tak masa kecik-kecik dulu, kita ni ingat macam-macam pasal sirah baginda S.A.W.? Bagi yang bersekolah agama, subjek Sirah biasanya jadi peberet kan berbanding subjek lain? Yelah, kisah-kisah Nabi dan para sahabat serta perjuangan mereka menegakkan agama Islam sangat menarik perhatian. Aku sendiri dulu banyak hafal kisah-kisah tersebut, terutama daripada bacaan aku menerusi koleksi sirah nabi yang ada kat rumah aku. Aku memang ulang-ulang baca buku tu beberapa tahun sebab memang sangat menarik gaya penyampaian dia. Tapi aku tak ingat pulak tajuknya.

Credit to diwanikraf.com


Nama-nama Rasul, selawat, ramai daripada kita hafal daripada lagu-lagu kumpulan Raihan kan? Yup, aku pun sama. Kalau tak, belum tentu boleh hafal semua tu sampai sekarang. Semoga Allah merahmati insan-insan yang berusaha mendekatkan kita dengan Allah Taala dan kekasihNya. Btw, tadi aku terbaca kisah "Mata Air" oleh Hanis Zalikha. Memang apa yang disampaikan tu kebanyakan daripada kita lalui juga. Contohnya, zaman kegemilangan kumpulan Raihan mendidik jiwa kanak-kanak untuk mencintai Islam menerusi lagu-lagu mereka. Kalau nak baca penulisan Hanis Zalikha, boleh ke link ini : Hanis Zalikha - Mata Air


Korang ingat tak lagi biodata Nabi Muhammad S.A.W.? Meh aku cerita sikit untuk refreshkan ingatan masing-masing.

Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di kota Mekah pada Isnin, 12 Rabiulawal. Bapa baginda S.A.W. bernama Abdullah bin Abdul Muthalib manakala ibunya bernama Aminah binti Wahb. Bapanya meninggal ketika baginda S.A.W. berada di dalam kandungan manakala ibunya meninggal ketika baginda S.A.W masih kecil.


Nak tau lagi pasal kisah Nabi Muhammad S.A.W? Boleh tengok kat sini : Nabi Muhammad S.A.W . Ni pulak lagu Raihan yang menceritakan serba sedikit kisah baginda S.A.W. Tajuknya ialah Nabi Anak Yatim.



Yang ni pulak selawat yang boleh kita amalkan : Selawat. Ada juga disertakan kelebihan selawat dan juga syafaat Nabi S.A.W. Jumpa dekat blog Hanis Zalikha. Hehehehe. Share ye?

Bagi aku, sebaik-baik role model ialah Nabi Muhammad S.A.W. Kita boleh ambil ibu bapa kita, tokoh pemimpin,  atau sesiapa sahaja untuk menjadi role model. Tapi ingat, ambil yang baik-baik sahaja. Walau bagaimanapun, baginda S.A.W adalah role model yang terbaik dan juga bagi aku, sifat sabarnya dalam menjalani ujian dan dugaan yang datang dari segenap pelusuk, memberi aku kekuatan untuk menghadapi dugaan hidup aku. Kadang-kadang aku terlalu mengikut perasaan apabila merasakan dugaan itu dah sangat berat untuk aku hadapi. Tapi bila aku fikirkan tentang dugaan-dugaan yang baginda S.A.W hadapi, terlalu kecil dugaan aku ni. Memang kita tak sesempurna mana, tapi dalam diri kita ada sifat sabar, tabah dan kita kuat menghadapi setiap cabaran hidup. Carilah kekuatan itu. 

Sifat merendah diri, baik hati, penyayang dan sebagainya yang ada dalam diri Nabi Muhammad S.A.W sepatutnya kita contohi juga. Contohnya sigat baginda S.A.W. yang sangat penyayang terhadap haiwan. Dulu aku mungkin agak kasar bila kucing suka gesel-gesel kat kaki aku masa aku masak. Aku tolak dia dengan kaki. Tapi bila aku baca tentang betapa pengasihnya baginda S.A.W. terhadap haiwan, aku jadi tersentak. Sebab aku rasa aku sangat kejam. Apa salahnya aku ketepikan je kucing tu dengan tangan, dengan lembut. So, aku dah mula belajar untuk jadi penyayang terhadap haiwan sampaikan aku jadi minat sangat nak bela haiwan-haiwan peliharaan seperti hamster, kura-kura dan arnab. Ikan juga. Tapi kucing tak payah bela pun takpe sebab memang kucing jiran aku suka bertandang kat umah aku. Hehehehe.

My Tubby

My Teeger

My Hammy2

My Tune2

My Fishy2

Kalo nak tengok gambo tu besar punya, sila klik kat gambo untuk enlarge ok? Semua kat atas tu pet yang aku bela kat umah. Kucing-kucing tu bukan lah. Kucing jiran aku tapi suka sangat lepak umah aku. Sampai aku bagi nama kat dua2 tu. Hobi mereka ialah menggesel badan dan lepak kat kaki aku masa aku tengah masak.Hahahahha.

Harap-harap, semakin kita meningkat dewasa, semakin banyak ilmu dan ajaran yang kita timba mengenai Islam. InsyaAllah... Jom sama-sama mengingatkan diri kita yang ilmu-ilmu itu bukan hanya belajar di sekolah agama, belajar masa kita kecil tapi kita kena memperbanyakkannya lagi supaya hidup kita sejahtera di dunia dan akhirat. Amin.....

Selamat membaca. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindunganNya dan mendapatkan rahmatNya.

notakukepadadiriku: Ingat sara...Ingat!!!

Sunday, February 13, 2011

Kisah Lelaki Tua Miang

Assalamualaikum w.b.t.

Al-kisah... Tersebutlah cerita.... Hahaha..

Aku sebenarnya nak meluahkan rasa tidak senang hati dan meluat aku terhadap lelaki tua yang sangat miang dan gatal. Aku dah kena banyak kali dah dengan golongan yang tak sedar umur ni. Semuanya bermula di Fesbuk. Standard lah kan. Nama pun laman sosial.

Aku sangat geram. Yelah, dekat profile diorang, dah sah-sah tulis yang diorang tu dah kawen, siap ada list anak bini lagi. Gambar semua tunjuk kebahagiaan. Memang tak sedar diri lah. Aku tak melulu menuduh diorang ni miang sebab tak baik kan kita terus judge? Tapi bila aku tak reply message diorang kat Fesbuk, start la hantar bertubi-tubi message lagi cakap nak kenal lah, cakap aku sombong lah. Ayat tu kalah dengan lelaki muda yang nak mengayat pompuan. Isyhh!! Serius aku sangat meluat! Aku malas la nak print screen apa yang diorang message tu. Cukup la sekadar aku luahkan kat sini dan sesiapa yang terasa tu boleh sedar sikit. Huhuhuhu..

Couple macam ni lah sweet..... Credit to www.finerminds.com


Bukan apa. Aku kesian dekat bini dan anak-anak dia. Kalaulah diorang tahu macam tu perangai ayah diorang, mesti malu. Memanglah lumrah lelaki suka mendekati perempuan, tapi pada aku, tahap umur macam tu, tak payah la nak menggatal lagi. Cukup-cukuplah zaman muda-muda dulu dah buat itu ini kan. Lainlah kalau memang bujang ke, duda ke, acceptable lagi.

So, kepada golongan yang terlibat, bawak-bawaklah insaf ye. Tumpukan perhatian kepada keluarga anda. Tak salah nak berkawan, tapi jangan menggatal. Ikhlaskan niat tu. Barulah lahirnya persahabatan yang ikhlas.

Pesanan dibawa khas oleh Cik Durian.


notadurian: Cerita di atas hanya berdasarkan pengalaman aku. Sekian.

Saturday, February 12, 2011

Henpon oh Henpon!

Grrrrrrr..... Henfon aku buat prob betol lah! Ni lah masalahnya bile pakai charger yang connect dengan USB. Tak dapat detect lah, itulah, ini lah. Haiyaaaa... Lu buat wa banyak gelam sama lu maaaa...(cakap dalam hati je) Kalau cakap kuat-kuat kang dia dengar, dia majok lak. Hahahahhaa...

Ni dia henfonku... Myiman...

Nasib baik la ada henfon lagi satu yang tak guna. Tapi ada masalah problem pulak bila call. Takpe-takpe. Aku bukannya selalu call pun. Just masalah problem kalau ada call penting. Huhuhuhu. Kesian aku. Kui kui kui....

Yang ni henfon penyelamat.. Nokia 2300...


Ada sape-sape tak baik hati nak bagi iPhone ke, Blackberry ke Strawberry ke? Memang jasamu ku kenang sampai mati. Hahahaha.

notakukepadahenponku: Tolonglah sihat ye. I need you badly! <3

Friday, February 11, 2011

Mimpiku di Malam Hari

Assalamualaikum w.b.t.

Aku memang jenis orang yang akan bermimpi setiap kali tidur even lelap 5minit sekalipun. Mimpi tu jangan cakap lah. Banyak yang tak masuk dek akal. So, aku dapat idea untuk ceritakan kat blog ni mimpi-mimpi aku yang merepek. Hahaha. Seronok tu memang la bila dapat mimpi yang best-best tapi penat taw bila kita asyik bermimpi je. Tidur tak rasa heaven. Lena pun tapi tak aman damai. Hehehe.


Aku tengah "tidur" dengan muka macam hantuuuuu....


So, lepas ni akan ada entry-entry yang menceritakan mimpi-mimpi aku yang bermacam rupa tu. Kalau nak taw, silakan baca, kalau tak nak, tak kesah pun. Ahaks!

Daaaa....... ;-)

Thursday, February 10, 2011

A Trip to Bukit Tinggi, Bentong, Pahang

Assalamualaikum w.b.t.

Baru teringat la tak upload lagi gambar-gambar kat Bukit Tinggi.. Aku pergi dengan family aku 24 Disember 2010. Masa tu on the way pergi KL sebab my cousin tunang esoknya. Few days before tu, kitorang balik kampung mama kat Temerloh. Taw tak apa yang paling aku suka bila balik kampung? Opkoslah masakan ikan patin masak tempoyak nenek aku buat! Seyes sangat sedap. Lagi-lagi dimakan dengan ikan pekasam yang digoreng bersama hirisan bawang & potongan cili kering. Yummy!!! Nak tengok?

Tadaaaaaa..... Sedap tak?? Rebung masak lomak, pucuk paku goreng taucu ngan sambal belacan sekali....Sedap2!!!

Masa naik bukit tinggi tu, ada entrance fee untuk masuk ke tempat-tempat yang best tu. Tak ingat la pulak berapa kena bayar. Kalau tak silap, adult kena bayar RM12 seorang untuk masuk ke tempat peranginan Bukit Tinggi tu. Kanak-kanak tak sure sebab dalam family takde yang masuk dalam kategori kanak-kanak dah. Hehehehe...

Ni map Bukit Tinggi tu... 

First, kitorang pergi kat Colmar Tropicale yang bangunan dia macam kat luar negara tu. Cantik sangat! Masa tu kan dah nak krismas, so dia punya decoration memang cantik. Ada pokok krismas yang besar kat depan hotel yang berdepan dengan entrance Colmar Tropicale. Seyes sangat cantik! So, kat bawah ni ada slide gambar-gambar kat sana. Nak upload semua kang letih korang nak tunggu loading kan? So, enjoice! Hahahaha....



notadurian : Maaplah dalam gambo-gambo tu banyak gambo aku je sebab orang lain tak semangat macam aku bila nampak kamera. Ahaks! =P

Wednesday, February 9, 2011

I LOVE YOU ( A Confession)

Assalamualaikum w.b.t...

Hope semuanya sihat-sihat je ye. Enjoy your life as you'll never see tomorrow! Hehehe..

Kisah aku dan orang-orang disekeliling aku. Yup, ada orang cakap, "Kau pikir pasal kau je, tak payah pikir pasal orang lain. Buat semak kepala je! ". Yes, ada kalanya kena buat macam tu terutamanya bila berhadapan dengan situasi orang sibuk bercakap pasal kita dan benda itu hanya sekadar luaran. Biasalah kalau dah namanya manusia. Aku sendiri pun tak terlepas dari buat kesilapan macam tu. Jahatnya aku. Nasib baik ada yang tegur supaya aku tak judge orang dari luaran, kenal dulu. Terima kasih sebab ingatkan aku bila aku alpa. Jasamu dikenang! I'll remember every of your words!

Okeh. Lupakan pasal atas tu. Buang yang keruh, ambil yang jernih. (Sila sambung sendiri. Kalau nak nyanyi macam P Ramlee tu pun voley).

Hurm. Hidup aku sekarang dah tak boleh nak fikir untuk jangka masa terdekat. Tak boleh nak "jual ikan" a.k.a selfish. Aku kena fikir untuk 10 tahun akan datang. Dalam hidup aku, bukan aku seorang je yang wujud. Ramai lagi. Sebab tu aku kena consider semuanya. Mungkin ada yang terlepas pandang, kena renungkan balik. It is kinda stressful for me to consider everything and everyone in my life. Tapi kena lalui juga kan? Aku dah nak masuk umur 23 tahun pun. Umur yang tak masuk dah dalam kategori untuk fikir enjoy je without thinking of tanggungjawab yang bersusun. Enjoy tu enjoy juga tapi tanggungjawab kena jalankan. It is a process of being matured i think. Being a person that can think wisely and make a wise decision!

One thing, my prob is aku suka fikir pasal masalah orang lain even masalah aku pun beratur tunggu nak diselesaikan. Especially masalah my dear family and orang-orang yang rapat dengan aku. Okey, sapa-sapa yang mual baca entry ni boleh stop baca and tutup window blog ni. I don't mind. Thank you! Hurm. I'm not saying that aku ni baik sangat. No! It is definitely a big NO! It is just i love them and i care for them. I don't want to see the persons I love being unhappy and stress. I hate to see that, honestly! If you are me, you'll be just the same. If you love someone, you want to see them happy all the time, with a big smile. Am i right?

Somehow, bila aku tak dapat nak tolong selesaikan masalah mereka, apa yang boleh buat maybe just make some suggestion and finally, pray for them. Doa banyak-banyak. It is definitely the most moved situation when you pray for your love one. Sedihnya rasa. Sebak sangat. Lagi-lagi bila mendoakan untuk kedua ibu bapa kita. Kan? Air mata jangan cakap lah. Memang racing je kuar dari mata. Parents is the most precious asset you got in your life. Aset yang dipinjamkan oleh Allah. Kadang-kadang bila aku dah susahkan parents aku terutama bab duit, aku jadi sangat sedih. Down giler. Nak mintak duit pun boleh kuar air mata. Rasa sangat menyusahkan. Gosh..... Kuar dah air mata ni. Sob..Sob...


Hurm. Aku sedih juga bila mama pernah cakap, "tanggungjawab ibu bapa untuk sediakan keperluan anak-anak. Anak-anak just fikir belajar betul-betul." Ayat mama bukan lah macam tu tapi maksudnya sama. Abah pun bila anaknya perlukan duit usaha juga cari even duit tak berapa nak ada. Mama lagi lah. Sangat terhutang budi dengan my parents. Sebab tu untuk enjoy dengan kawan-kawan, aku terpaksa korbankan. Kadang-kadang je boleh join. Kalau orang nampak aku ni selalu je enjoy, gi sana, gi sini, aku tak enjoy menggunakan duit. Enjoy but at the same time, saving! Yang tahu kebenaran tu taulah, yang tak tau tu, terpulanglah korang nak cakap apa. Seriously, aku tak kisah. Aku memang tak mampu lagi-lagi dengan hal PTPTN ni yang entah zaman bila nak selesai. Nak mohon naik kadar pun proses entah berapa lama. Walaupun parents aku cikgu dua-dua, tak bermakna kami keluarga senang. Maybe selesa tapi takdelah kaya-raya. Banyak keperluan yang perlu menggunakan duit. Itu yang sesetengah orang tak faham. Diorang just fikir, parents cikgu dah tentu banyak duit. Haih... Silap besar!



Anyhow, I love my parents so much. Maybe aku tak cakap depan-depan tapi Allah je tau macam mana aku sayang family aku. Selisih faham tu normal. Aku pun sayang adik-adik aku walaupun aku tak tunjuk. InsyaAllah, one day aku akan buat family aku senang. Mama dan abah boleh duduk rumah relaks, tumpu kepada ibadah etc. Pergi tunaikan haji. Adik-adik aku pun aku boleh tanggung pelajaran etc. I need and must work on that! Doakan aku berjaya realisasikan impian tu. Kerana aku sayang mereka yang berada di dalam hidup aku. Kepada yang tersenyum sinis tu, teruskan je lah. Manusia takkan sedar selagi dia sendiri tak alami dugaan tersebut. Bila dah rasa, baru taw camne kan? Bersyukurlah, Allah dah berikan kehidupan yang selesa pada kita. Jangan leka sangat dengan keselesaan tu. Keselesaan tu adalah ujian untuk kita. Bila adanya keselesaan, adanya juga kesusahan. Sentiasa bersedia untuk hadapi dugaan dalam hidup. Carilah kekuatan tu. Terutama daripada Allah. Sebagai tambahan, carilah orang yang boleh memberi kekuatan tu kepada kita. Beri sokongan, bukan untuk menjatuhkan lagi. Hidup kan macam Eye on Malaysia (dah takde pun sekarang. Hehehe.). Sekejap kau kat atas, sekejap kau kat bawah. Sama-sama kita mengingatkan diri kita ye!

Confession ni terlalu panjang untuk dibuat. Ni je yang mampu terluah sebab tak semua benda boleh share dengan orang. A secret is a secret. You must keep it! Jangan tersilap share secret dengan orang sebab kita tak tau apa nak jadi in future. Berhati-hatilah di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang! Hahahaha.

Tuesday, February 8, 2011

Argghhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!

Mood totally down!!!

Aku geram!
Aku marah!
Aku sedih!

Hahahaha... Ada orang kisah ke?

Terima kasih banyak-banyak.

Thursday, February 3, 2011

Krisis di Mesir - Tindakan Anda?

Assalamualaikum w.b.t.

Sejak kebelakangan ni, kecoh dengan isu krisis di Mesir. Kepada anda yang ada keluarga, saudara mara even kawan sekalipun kat sana, konfem risau kan? Tertanya-tanya apa nasib diorang kat sana. Aku bukan nak update pasal keadaan diorang kat sana sebab korang boleh tengok sendiri kat blog atau FB ni:


atau FB


Apa yang aku nak cakap kat sini ialah pemikiran sempit sesetengah orang yang sifatnya tak reti bersyukur dan asyik merungut. Kita ketepikan agenda politik yang mungkin terselit dalam isu ini. Jom kita berfikir dari sudut kita, seorang MANUSIA.


  Picture credit to : link
Aku tengok, ramai yang merungut dengan operasi kerajaan Malaysia untuk menyelamatkan dan membawa keluar rakyat Malaysia dari Mesir. Ada yang cakap Malaysia ni lambat bertindak, tak kurang juga yang merungut tentang kekurangan informasi daripada pihak kerajaan. Macam-macam lagi lah. 

Maaf kepada yang terasa tapi ada tak anda terfikir yang kerajaan kita bukan nak selamatkan 10 20 orang je kat sana tapi beribu. Nearly 11000 orang! Kalau susun dalam kapal terbang pun, berapa banyak kapal terbang nak kena ada? Kalau letak dalam kapal laut yang besar tu, muatan pun ada kapasiti dia kan? Think logically. Kita takde 'PINTU SUKA HATI' dalam cerita doraemon tu yang boleh tembus mana-mana tempat. Kalau ada, maybe dah setel pun operasi tu. Itu cerita kartun. Abaikan! Kita hidup kat dunia realiti.

Canggih macam mana pun teknologi, kesabaran tetap diperlukan. Bila kita dengar ada usaha untuk membawa pulang mereka yang berada di Mesir, kita sepatutnya bersyukur. Sekurang-kurangnya ada pihak yang bertindak, dengan perbuatan, bukan hanya dengan percakapan. Bersyukurlah... Allah takkan mengubah nasib kita melainkan kita berusaha untuk mengubahnya. USAHA! Kerajaan Malaysia sedang berusaha. Kita? Apa kita boleh buat? Berdoa.. Mungkin juga boleh buat solat hajat beramai-ramai. Itu juga dinamakan usaha.

Picture credit to: link
Bersyukur dan sabar. Itu yang penting. Kita tak boleh nak fikir yang kerajaan akan cari kita untuk beri maklumat tentang mereka di Mesir. Kita sendiri kena update tentang hal itu. Perkara ni besar, melibatkan ramai orang. Jangan harap semua benda nak datang terus kat depan mata kita. Usahalah mencari maklumat daripada pihak kerajaan atau sesiapa. Kepada ibu bapa atau sesiapa yang tidak mampu untuk mendapatkan maklumat ini, mungkin atas faktor kewangan atau keuzuran dan sebagainya, anda sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, sihat dan berkemampuan, bantulah mereka. Ini masanya nak berbakti. InsyaAllah, ada pahalanya jika dilakukan dengan ikhlas. Banyak lagi cara kita boleh buat selain daripada berterusan merungut dan saling menyalahkan.

Jadi, apa tindakan anda? Fikir-fikirkanlah....

notadurian1: Entry di atas tidak ditulis berdasarkan isu politik. Hanya sekadar pendapat.

nota durian2: Maaf kepada mana-mana pihak yang terasa. Jika ada tersilap di mana-mana, harap boleh tegur saya. Betulkan saya. TQ


HeartBeat