Tenkiu Dear!

Wednesday, July 28, 2010

Bila Siput Berblogging

Dah makin sepi kan blog Cik Durian ni...??
Sekarang sedang bertukar menjadi Cik Siput dek kerana tidak boleh berblogging dengan rancaknye macam dulu.. Eh, ada ke blogger bergelar Cik Siput? Kalau ada sori ye.. Tak maksudkan kamu pun..Huhu.. Kalau korang nak taw, kat dunia luar blog ni, Cik Durian lebih dikenali sebagai Cik Siput Sedut.. Sebab sangat suka dengan nama siput sedut and sangat suka makan siput sedut.. Tapi jarang dapat makan. Sama la macam durian. Heheheh....

Btw, Cik D tak berapa sihat sejak kebelakangan ni. Baru baik dari demam, kena pulak sakit mata. Kesian kan? Sila kesiankan diri saya ye. Kalau tak, saya merajuk!! Haha.. Pandai lak aq nak majok2 ni..

Entry ni aq nak letak gambo banyak2.. Layannnnn.......

Tema kuda belang...

Ni muka yang dah penat + ngantuk... ;P


Tetibe nampak kurus.. Wakaka.. I like!!


Sesi meng"kopi" kat Oldtown bersama mereka...


With my bff.. Cik Umie... Kat Oldtown..


Nyumm2... Suke air kopi O ais die.. Superb kaw!!


Incik Ribena sedang mengisi order untuk kami.. Hehe...

Okeh, tu je untuk entry kali ni.. Lepas ni tak taw la bile nak update lak.. Huhu.. Have a nice day~~!! Lots of love from me.... <3<3<3 xoxo

notadurian: Kamu buat saya tak pandang orang lain dah.. Thats why i choose u..

Thursday, July 22, 2010

Masalah Kemengantukan!!

Hadoii... Setiap kali lecture, mata ni cepat je nak layu. Tapi tak reti lak nak tido dalam kelas. Aq pelik gak macam mana orang boleh tido dalam keadaan duduk. Seyes aq rasa orang tu terer. Lagi2 if dia dok depan sekali and selamba bluehyppo je tido. Tabik spring ar!!

Ngantuk, ngantuk, ngantuk!! Sem ni dapat lecturer kebanyakannya sangat tak menarik perhatian aq untuk fokus dalam kelas (kecuali beberapa lect). Sem lepas best dapat lecturer yang sangat energetic. I like!! Belajar pun semangat even ngantuk tu kadang2 tak boleh elak. Huhuhuh...

Sara..Sara..pliz fokus..!! Mata tu kontrol jangan bagi layu. Wahai setan2 sekalian, jangan la ko bergayut kat mata aq.. Berat weh!! Syuhhh3!!!

Got to be more focus this semester. Subject pun semakin tough. Wargghh.. Macam blur2 je masuk lecture kali ni. Huhu.. Hope this won't last long..(eh, betol ke ayat aq ni? hahaha)

Ok lah.. Nak tido.. Dah start belajar ni semangat nak on laptop hanya datang sekali sekala. Hehe.. Rindu kat korang.. Seyes!!! (^_^) --> Bile la aq nak blogwalking ni..... Duhhhhhh.....

Gudnite sume...


Cik D dengan lab coatnya...

notadurian: Kepada cik kak-cik kak sekalian, dah abis ganti pose lom? Jangan buat2 forget aarr... ;P

Sunday, July 18, 2010

Cara Cari Siaran TV

Mendung... Pastu hujan. Huhuhu.. Camne nak basuh baju ni? Enibadi nak tolong basuhkan? Hehehe..
Weekend ni takde buat apa sangat tapi semangat nak on lappy sangatlah nyawa-nyawa fish! Kebosanan melanda seisi rumah.. Kesian kitorang.. Tak taw ape nak buat.. Sekarang astro tak dapat.. Orang sebelah tak on astro kot. Eh, tv kitorang dapat channel astro taw. Tapi tak taw lah camne boleh dapat. Maybe dari orang sebelah punya kot. Tapi kalau orang sebelah tukar channel, kat tv sini pun bertukar jugaklah channelnya. Hari ni lak no astro.. Sedey.. :-(  (ke orang sebelah ni dah taw kitorang dapat astro dari dia? hehehe...)

Takde ape nak apdet sangat arini.. Meh skodeng camne kitorang attach ariel tv ni (ariel ke eh?? )

Ariel tu dilekatkan kat dinding dengan selotape.. ;P

Friday, July 16, 2010

Tak Sedapnye Toasted Pocketful..!!

Ni ha rupa Toasted Pocketful (TP) yang orang dok cakap sedap tu..

Ada sape-sape yang pernah rasa TP by KFC ni?? Korang rasa sedap ke mende ni? Huhu.. Aq rasa TP ni lah makanan paling awful yang ada kat KFC. Menyesal taw order. Nasib baiklah aq order X-Meal.. So, dapat la jugak cover lapar dengan ayam spicy. Serius la rasa dia memang tak boley blah. Tortilla dia dah la lemau, memang tak sedap!

Tapi tak taw la kan if kat tempat aq makan tu dia buat tak sedap sebab kat tempat lain kawan-kawan aq makan, diorang cakap sedap. Kalau nak kata lidah aq tak betul, cik Umie yang makan dengan aq pun cakap tak sedap.. Aq rasa, dia jadi tak sedap sebab benda tu dah sejuk + lemau.. Kalau aq boleh suggest kat KFC, aq suggest dia letak mayonis instead of corn kernels.. Aq nak abiskan aq punya tu siap makan isi ayam tu dengan sos cheese yang ada kat cheezy wedges tu. Baru la rasanya ok sket.. Lepas ni memang tobat takmo makan ni dah. Baik aq makan set dinner plate. Baru puas ati. (cheezy wedges tak leh tinggal ye..hehehe...)

Sory, bukan nak kutuk tapi ini la personal opinion aq lepas rasa sendiri Toasted Pocketful tu. Kalau kat tempat lain sedap, mungkin aq akan cuba untuk rasa lagi (tapi rasa orang lain punya la.. ;P )

Jom layan gambo2 kat bawah ni...

Abis aq bongkar TP tu sebab tak nak makan tortilla tu..


Muka cik Umie yang semacam nak abiskan TP die.. Hehehe..


Muka Toasted Pocketful yang masam... :(


Yayy..!! Finally jumpa cardigan.... (selingan je..)

notadurian1 : Sila abaikan pingganku yang comot itu.. :D
notadurian2 : miss someone a lot... :(

Tuesday, July 13, 2010

Salam Takziah

Salam semua.. Semalam aq takde apdet apa-apa kan? Maaf lah ye.. Banyak urusan dan aq mendapatkan khabar yang menyedihkan.

Em, ayah kepada Incik Ribena telah kembali ke rahmatullah malam semalam. Aq tak taw camne tapi aq dah dapat rasa. Dan aq sangat sedih. Sangat rasa kehilangan walaupun dia bukan ayah aq. Sedihnya terasa sampai sekarang. Aq tak boleh duduk sorang-sorang. Cepat je air mata nak mengalir. Korang pelik kan kenapa aq boleh sedih sampai macam ni? Takpelah, biar aq je taw sebabnya. Hari ni jugak, aq tak datang kuliah sebab demam dari hari Isnin. Tambah pulak dengan berita sedih ni. Mata aq ni dah macam mata goldfish. Huhuhu..

Aq harap Incik Ribena, akaknya & keluarga tabah hadapi dugaan ni. Aq jugak mengharapkan aq kuat berhadapan dengan dia selepas ni. Semoga Allah membantu mereka menghadapi dugaan ini dan memberi mereka kebahagiaan, dunia & akhirat.

Awak..Saya mintak maaf ye sebab saya sepatutnya kuat bila awak beritahu berita tu. Saya tak patut menangis depan awak & akak awak. Im really sorry. Percaya atau tak, saya sayang arwah walaupun tempoh kami kenal tak lama.

notadurian: Argh, air mata mengalir lagi... :(

Sunday, July 11, 2010

Tak Sukerrr..!!

Tak sukanya bila :
  • gi blog orang, penuh dengan widget / application yang buat tenet aq hang. Terus semangat nak meneroka blog tersebut merundum.
  • terpaksa mutekan sound bila gi blog yang pasang lagu. Everytime nak view new post / other page, lagu tu akan reload & reload lagi. Gosh, tak suka.. (sorry, jangan amek hati ye)
  • nak gi blog kak Kujie tapi asyik tak dapat. Kenapa ye? Sedey taw.. Kak Kujie is my feveret blogger.
Last but not least, aq sangat tak suka bila aq tak dapat nak balas kunjungan korang yang visit blog aq ni. I'm trying to adapt to my new environment. Dah masuk tahun 3, kena duduk rumah sewa. So, aq sedang sesuaikan diri dan ni agak mengganggu mood aq untuk blogwalking. I hope by next week, I'll be able to visit to u all punya blog. For the time being, aq melawat ke blog yang sempat untuk dijengah je and bila aq ada kesempatan tu, perkara2 di atas mengganggu mood aq lagi.. Oh no~~!!!




ni untuk korang ye....

notadurian: Kamu, kamu dan kamu... Saya mintak maap ye....

Oh Penatnye!

Salam.. Samat petang... Sori tak apdet semalam.. Kepenatan..

Actually semalam dah sampai melaka pun. Hari ni sesi mengemas umah sewa. Hoho.. Penat tol. Nanti la ek upload gambo2 kat umah sewa aq ni.. Maw rehat & buat apa yang patut dulu..


amek gambo before bertolak ke Melaka...


Ni la tempat tidur aq.. Sila cakap comel ok? Hahaha..

Have a nice day guys.... ;)

notadurian: Esok kalo tak gi kelas aci tak? Hehehe....

Saturday, July 10, 2010

Hepy Besday Lisa~~!!

9 Julai, besday adik aq, Lisa.. Sekarang umo die dah 20tahun la.. Tak lama lagi nak gi UK sambung study..
So, aq nak wish Happy Burfday Sis..!! May all ur dreams will come true & may Allah bless u & always be with u.. Best of luck in ur study and ur life...

Friday, July 9, 2010

Bihun Sup Bebola Ayam

Arini aq nak share resepi Bihun Sup Bebola Ayam. Siang tadi aq buat.. Nak tahu caranya? Meh tengok...


Bahan-bahan:
Bihun -1 paket
Bawang besar - 1 biji (ditumbuk)
Bawang putih - 5 ulas (ditumbuk)
Halia - 3 inci (ditumbuk)
Lada Merah - dihiris
Lada Hijau - dihiris
Cili padi - ikut suka nak letak bape (ditumbuk sedikit)
Sup bunjut - alternatif untuk rempah ratus (lau korang xreti nak agak la)
Serbuk lada hitam
Serbuk lada putih
Asam keping - 1.5cm
Isi ayam / udang
Bebola ayam - suggest jenama Farm Best
Bebola ikan / fish cake -jgn byk sgt, nnt rse hanyir
Sayur sawi / Carrot
Telur - 2biji


Bihun :
Rendamkan bihun dalam air panas. Agak dah lembut sikit tu, masukkan dalam kuali dengan sedikit air panas. Kacau dengan api kecik je. Tambahkan sedikit garam supaya bila bihun tu korang campur dengan sup, dia tak rasa tawar. Tapi, jangan sampai lembik sangat taw bihun tu. Dah sap tu, toskan..


Sup:
1. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia, lada merah, lada hijau & cili padi. Kacau jap. Pastu masukkan isi ayam, bebola ayam, bebola ikan, fishcake dan akhir sekali udang.
2. Tambahkan air. Biarkan air tu panas dulu. Lepas tu, masukkan batang sawi, carrot & sup bunjut.
3. Bila dah betul-betul mendidih, masukkan garam, lada hitam, lada putih, asam keping & serbuk perasa. Guna Pasti Sedap tu pun ok jugak. Kiub pati ayam pun boleh. Semuanya letak secukup rasa ikut tekak korang.
4. Pukul telur yang 2 biji tu. Pastu tuang slow2 sambil senduk tu korang lalukan kat atas kuah tu( buat ikut putaran lawan arah jam). Nanti korang nampak la telur tu halus2 je masuk kat dalam kuah tu..
5. Maukkan daun sawi. Tutup api terus.




Kuahnya....


Dah siap.. Lau korang nak sebatikan bihun tu dengan rasa kuah, korang campurkan la dalam kuali dan masak sikit. Biar kuah tu meresap dalam bihun. Tapi jangan la semua bihun tu korang masukkan dalam periuk kuah bihun sup tu..Kang jadi lembut sangat.. Buat camtu untuk diri sendiri je la.. Kalau rajin...




Yang ni aq masuk dalam kuali untuk sebatikan rasa.. Ni aq sorang makan je taw.. Heheh...


Ok, selamat mencuba.... ;)

Weee~~ Kembali Ceria ;)

Salam semua... Rasa macam lama tak apdet blog ni.. Incik Labah2 dah mula nak carik port buat sarang tu.. Shoohh!!! Nyah kamoooo.....!!

Dah tengok tajuk entry kan? Yup, alhamdulillah aq dah kembali ceria lepas beberapa hari down, down, down (nyanyi cket mcm lagu jay sean tuh..) Tenkiu kepada yang dah bagi semangat kat aq. Korang memang terbaik~~!! Just aq harap, aq tak kembali sedih lagi. Penat taw sedih2 ni even dalam sejam pun. Korang mesti faham kan camne rasanya? Kalau dah beberapa hari, mesti lagi seksa...

Syukur sangat2 aq boleh ceriakan diri aq balik.. Banyak yang aq belajar dari kesedihan ni. Belajar untuk jadi lebih positif, tabah, tenang dan pemaaf.. So, kat situ masih ada hikmahNya kan?

Ok, malam ni aq nak balas dendam buat entry lebih sikit. And of coz, berjalan ke blog korang.. Rindunye dengan blogwalking.. Hehe.. So, wait for me.. I'll be right in front of ur door.. ;)


picture taken from here

notadurian: Esok aq dah balik semula ke melaka. Isnin dah start kuliah lorr.. Tapi insyaAllah blog ni tetap akan diapdet sekurang-kurangnya sekali sehari.. Aq cuba.. ;)

Thursday, July 8, 2010

Entry Emo :(

(tulisan sengaja diblurkan.. kalau rajin nak baca, pandai2 lah ek.. huhu)

Sedih kan bile orang tak faham perasaan kita? Sedih kan bila orang tak tahu nak hargai apa yang kita buat?? Sangat-sangat menyedihkan!!! Arghhhhh...!! Benci betol bila ada perasaan macam ni.. Takpelah sarah... Sabar banyak2... InsyaAllah, Allah akan balas dengan 1000 kebaikan.. Biar arini ko bersedih, tapi akan datang, ko jadi hepy.. Ko dapat apa yang ko nak.. Cuma perlu ada kesabaran yang tinggi dan berserah kepadaNya..

Dah berapa tahun, camni je la.. Takde yang lain.. Sakit dalam hati ni takde sape yang tahu.. Biarlah aq simpan sorang2.. Tulis ni pun nak lepaskan tekanan semua beban yang ada ni.. Abaikan je la ye... Korang tanya pun aq tak tahu nak jawab apa..

Haih..  Aq takde mood nak buat apa-apa lately.. Sorylah nanti aq gi blog korang ye.. Doakan aq diberi ketenangan, kebahagiaan & kejayaan dunia akhirat.. Amin... :)

notadurian: Hargailah seseorang selagi dia masih ada kerana hari esok belum tentu dapat bersua lagi.. Masa tu, menangis air mata darah pun tak guna...

Wednesday, July 7, 2010

My Lovely Bff~~

Belakang dari kiri : Rasyida, Majidah
Depan dari kiri : Rahimah, Sarah (me)

30 Jun aritu, bff aq datang umah. Hepy sangat..!! Ye la, lama tak jumpa diorang.. Bape tahun entah.. Diorang ni bff aq masa zaman sekolah menengah. Selalu berempat ke mana-mana. Kadang-kadang ada gak aq tak dapat join aktiviti diorang.

Seyes tak sangka dapat jumpa diorang. Plan ni jadi bila Imah sms aq wish birthday. Masa tu Incik Ribena tengah drive nak bawak gi tempat 'surprise' dia la. (Surprise terkantoi bila dah nak sampai tempat tu.. Hehe.. Sorry awk!) Aq pun layan sms dengan Imah ni sebab boring tak tahu ke mana dia nak bawak aq masa tu. Huhuh. Then, Imah cakap la the next day dia nak turun Kota and dia ajak sekali Majidah join jumpa kat rumah aq. Unfortunately, Syida tak dapat la join sebab dia dah pindah nun jauh kat Perak tu. Rasa macam tak lengkap je. Tapi takpe lah.. Next time buat plan hang out kat mana-mana berempat  pulak.

It was really fun kat rumah aq masa tu. Macam-macam cerita keluar. Lama tak jumpa lah katakan. But mostly cerita pasal study la.. Budak U kan...Takkan citer pasal keje menimbun lak.. Tapi Imah dah abis belajar. Dok tanam anggur kat umah tu. Syida lak kerja buat roti (diorang cakap la..). Aq try jugak call Syida masa tu tapi tak angkat.. Dia bz adun doh roti kot. Hehe.. Rindu la kat ko Syida..

Btw, tenkiu sangat2 ye kawan2ku.. Sebab sudi datang rumah aq. Takde pizza nak hidangkan. Hehehe.. Len kali datang lagi ye.. Tak pun datang Melaka.. Kita hang out puas-puas. Miss u guys a lot..!! Sayang korang...!!

Jom layan gambar kitorang masa kat rumah aq...

Makanan untuk diorang (ni dah dibantai ye..)


Aq siap gi pkai tudung & sweater semata-mata untuk bergambar.. ;P


Sayang korang.... <3


Cik Majidah yang pemalu dengan Cik Imah....


Senyum-senyum....


Mereka lagi...


Oke, ni diorang dah nak balik....

notadurian: Syida..!! Pasni ko lak buat plan.. Hehehehe...

Tenkiu..!!!

Tenkiu sangat-sangat kepada yang dah visit blog ni.. Maseh ye.. Aq dah berjaya membalas kunjungan korang selama 3jam.. Fuhh!! Lotih jari ni.. Yang baru visit tu, esok ye aq gi blog korang. Masa untuk berhibernasi.. Selamat malam semua.. Cayang korang..!!



notadurian: mahu durian lagi.....

Tuesday, July 6, 2010

Ikan Bawal Sweet Sour

Salam.. Selamat tengahari semua.. Hari ni terasa nak share resepi dengan korang lak. Hari ni aq masak Ikan Bawal Sweet Sour (lauk lain sayur lah..). Ni resepi style aq sendirik, so jangan la komplen kalau resepi kita tak sama ye? Hehehe..

Bahan-bahan:
1) Ikan Bawal - 3ekor
2) Bawang besar -2 biji (dipotong dadu)
3) Bawang putih -4 ulas( dipotong dadu)
4) Lada merah & hijau - 4 biji(dipotong dadu)
5) Halia 2inci (hiris)
6)Tomato - 1biji (dipotong dadu)
7) Cili kering (kisar)
8) Sos Cili / Tomato
9) Sos Tiram
10) Tepung Jagung (bancuh dengan sedikit air)

Cara goreng ikan bawal:
Sapukan serbuk kunyit, tepung jagung dan garam ke badan ikan bawal tu.. Sapu rata-rata taw... Pastu goreng pada api sederhana sampai garing...

Cara-cara buat kuahnya:
1. Mula-mula, tumiskan bawang besar, bawang putih, lada merah & hijau, halia..
2. Agak-agak dah naik bau tu, masukkan cili kering yang dah dikisar (agak2 korang la.. nak pedas letak lebih).. Tumis la sampai garing sikit cili keringnya...
3. Masukkan tomato yang dah dipotong dadu tu..
4. Masukkan sos cili, sos tomato  sos tiram secukupnya.. Kacau.. Ingat, api jangan kuat ye..
5. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
6. Masukkan garam, gula  & serbuk perasa (kalau suka la).
7. Biarkan dia menggelegak sikit.. Pastu, masukkan ikan bawal yang dah digoreng mula-mula tadi. Kacau sampai sebati.. Dah siapppp....

Ni dia hasilnya....
Nampak sedap tak? Hehehe

Aq buat sekali jus oren untuk lunch arini.. Panas-panas camni sedap minum jus-jus ni.....


Selamat mencuba.....

Monday, July 5, 2010

Long Journey : Johor-Melaka-Johor

Salam.. Fuhh... Penatnye arini... Dah 2hari menghilangkan diri.. Aq gi melaka semalam hantar adik aq, Adam balik UiTM.. Tido satu malam kat sana.. Serius penat.. Pagi tadi bertolak dari Melaka pukul 10 pagi and sampai Kota Tinggi pukul 5.15petang.. Bape jam tu ek? Korang kira la sendiri.. Penat worrr... So, malam ni aq nak rehat cukup-cukup dulu... InsyaAllah, esok aq akan balas kunjungan korang ye... Tenkiu lah sebab datang jugak kat blog aq ni.. Takde durian nak bagi sebab kat Melaka tak nampak pun durian kat pokok.. Pelik je.. Kat Johor punya lah berlambak... Huhu...

Ok, tu je nak cerita malam ni.. Entry yang ringkas... So, selamat malam semua.. Hope that tomorrow will be a brighter day than today and yesterdays.... <3

notadurian: Buah tangan untuk korang... Durian takde, katak pun boleh la ek? Hijau jugak.. Hehehe...

Friday, July 2, 2010

Epy Burfday Untuk Diri Sendiri (Part 2)

Dah tengok Part 1 lom? Lau belom, scroll la ke bawah ye..

Yang ni buat kat rumah aq on 1st July 2010.. Buat together-gether dengan adik aq - Lisa & Hani..

Layan la gambar lagi sampai penat mata tu ye...


Kek kitorang...

Potong kek....

My dearest family...

Jom makan.....!!!

Burfday gurlz....

Hani...

Lisa...

Me.....

notadurian: Kek banyak lagi tu dalam peti ais.. Jom makan..!!!

Epy Burfday Untuk Diri Sendiri (Part 1)

Hehe.. Poyo giler tajuk entry ni.. Ok, ni nak share gambar-gambar masa celebration burfday aq.. Buat 2kali... Satu tu kira pre-burfday..Satu lagi buat after burfday...

Yang ni celebration pre-burfday (13 Jun).. Buat kat kampung aq kat Temerloh, Pahang... Celeb together with Atok, Farid, Eliza, Haziq & Cik Ida... (Sume yang lahir bulan Jun)

Layan dulu gambar yang kat kampung ni ehh..

Ni keknya.. Sape nak??

Ni makanan-makanan... Sedapnyerrr...

Bergambar dengan mama & auntie2...

Menjamu selera....

Pakcik baju oren tu yang sponsor kek...

Burfday kami...

notadurian: Taw ke burfday aq bile? 29 Jun laa... Sape nak bagi adiah boleh sms ON HADIAH & hantar ke 999... TQ ;P

Le Tour de Blog

Hoho.. Tepat jam 6.55 petang, Cik Durian telah melangsaikan hutang-hutang tour kat blog korang... Penat nih.. Nak tarik nafas jap.. Fuhhh!! Hehehe.. Lama jugak tour ni.. Nak kena jalan pakai jari.. Lau Le Tour de Langkawi tu leh gak nek beskal... Ok, malam ni Cik Durian akan post dua entry insyaAllah... Tunggu ye...

Letak muka sendirik aci tak?? Haha.. Takkan nak letak muka Encik Telor pulak.. ;P Jangan plak baling telur busuk kat sini ek... Hehe

HeartBeat