Tenkiu Dear!

Saturday, January 1, 2011

Luahanku KepadaMu

"Cheerfulness is the best promoter of health and is as friendly to the mind as to the body."

Salam. First day of 2011, everyone should be happy! Macam-macam kan plan yang korang dah ada? Teruskan berusaha dan semoga berjaya!

Untuk aq pulak, i want to stay being cheerful! Wajib! Aq dapat rasakan bila kita hepy, masalah pun tak dapat bagi kesan kat kita. Badan sihat, otak pun cerdas! (eh, mana aq dengar ayat ni ek? Lupo..)

"stay CHEERFUL! stay HAPPY! stay STRONG! stay HARDWORKING! stay PATIENT! stay SHINE! stay HEALTHY! stay TUNE!"
Hahaha.. Okeh! yang stay TUNE tu memain je. Hik3! Semoga tahun ini memberi kita kesempatan untuk memperbaiki apa yang kurang dan mempertingkatkan apa yang ada.

Jom sama-sama kita berdoa...
"Ya Allah Ya Tuhanku. Sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Ampunilah dosa hambaMu ini Ya Allah. Ampunilah juga dosa kedua ibu bapaku. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku ketika aku kecil. Ampunilah juga dosa adik beradikku, kaum keluargaku, sahabat-sahabatku, guru-guruku, orang yang berbuat baik kepadaku, orang-orang yang menyayangiku dan orang-orang yang aku sayangi dan juga semua orang mukmin baik yang masih hidup mahupun yang telag meninggal dunia..
Ya Allah, Ampunilah dosa insan yang aku sayangi (MAAJ), ampunilah dosa arwah ayahnya, dosa ibunya dan dosa adik beradiknya.
Ya Allah Ya Tuhanku. Kau berikanlah kami kesihatan yang baik, umur yang panjang dan akal fikiran yang cerdas. Kau kurniakanlah kami rezeki yang halal lagi berkat. Kau perbanyakkanlah rezeki kami Ya Allah. Lindungilah kami sebaik-baik perlindungan dan Kau permudahkanlah segala urusan kami. Ya Allah, Kau tunjukkanlah kami jalan yang benar, lindungilah kami daripada melakukan perkara-perkara yang Engkau tidak redhai.
Ya Tuhanku Yang Maha Mulia dan Maha Sempurna. Kau berikanlah kami kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat. Kau bantulah kami untuk mencapai cita-cita dan impian kami. Kau berikanlah kami petunjuk akan jalan yang terbaik untuk kami.
Ya Tuhanku Yang Maha Suci, Kau peliharalah hubungan aku dan dia dunia dan akhirat. Kau bantulah kami untuk menjalani dugaan-dugaan yang tidak terjangka dalam hubungan kami, Kau berikanlah kami kekuatan dan kesabaranMu Ya Allah. Kau berikanlah kami kebahagiaan yang berkekalan, dunia dan akhirat.
 Ya Allah Ya Allah Yang Maha Besar lagi Maha Penyayang. Aku tahu sesungguhnya Engkau malu untuk tidak mengabulkan doa dan permintaan hambaMu yang menadah tangan memohon kepadaMu. Maka Ya Allah Tuhan Yang Maha Agung, kabulkanlah permintaan hambaMu yang lemah ini. Tiada manusia yang lebih memahamiku dan sanggup mendengar rintihanku melainkan Kau kerana Engkau adalah Tuhan Yang Maha Mendengar dan Maha Pengasih.
Berdoalah sebanyak mana yang kita mahu. Allah tidak tetapkan limit pun untuk kita meminta kepadaNya. Walaupun kita ni tak baik mana pun, tapi Dia saja yang faham kita melebihi manusia lain termasuklah ibu bapa kita. Bila sedih, kita cari Dia. Jadi, bila gembira pun, kita mesti cari Dia juga. Ucapkan syukur atas setiap nikmat yang Dia bagi kepada kita.

Aq sendiri selalu alpa dalam mengucapkan syukur apabila diberikan nikmat hidup. Semoga kedatangan Awal Muharram yang lalu membawa banyak perubahan positif dalam diri aq. Aq tak malu nak mengaku aq bukan hambaNya yang baik sebab manusia ni takde lah sempurna mana. Usaha ke arah kebaikan dan jalan yang Dia redhai itu yang perlu kita lakukan. Semoga kita semua dapat menjadi hambaNya yang baik dan taat kepada perintahNya. Aq sedang berusaha ke arah itu.

Cukuplah apa yang dah terluah hari ini. Aq doakan kita semua hepy selalu dan sentiasa dirahmatiNya.

notadurian: Doa di atas doa yang aq selalu buat. Kalau korang nak tambah apa yang patut, lagi digalakkan. Btw, MAAJ tu nama seseorang. Tak perlulah aq sebut siapa. Biar aq je yang tahu. (^__^)

3 comments:

sekamar rindu said...

salam...

semoga doa itu akan di makbulkan Allah..swt...amin

follow ur blog...***75

Cik Durian said...

wslm... Amin.. InsyaAllah...

tq follow blog sy..sy sudah follow blog kamu...hehe (^__^)

Hairun Azmi said...

Selamat tawun bawu....


Israel gunakan burung hering sebagai pengintip

HeartBeat