Tenkiu Dear!

Wednesday, January 5, 2011

Camne Nak Hilangkan Bosan Dalam Kereta?

Salam. Selamat pagi, selamat petang, selamat malam. (Sila sesuaikan ucapan mengikut waktu korang membaca entry ni. Ahaks!)

Tadi tengah bosan-boring, aku pun mula lah berangan macam-macam. Orang Johor cakap, daydream. LOL! Macam-macam benda ada kat bulan madu di awan biru tuh. (Awan tu macam kat bawah ni.)

(cartoon from CartoonStock.com)

Haaa.. Macam tu lah awan dia. Bab berangan ni aku memang hebat. Kadang-kadang tengah berborak sakan pun boleh berangan kejap. Maap ampun sorry lah ye kalau aku terbuat camtu. Hehehe... Eh, macam dah lari topik je ni. Rewind please!!!

Camne nak hilangkan bosan dalam kereta???

Okeh. Sebenarnya aku nak cerita pasal hobi on-the-dot kami-kami (identiti dirahsiakan) semasa menempuh perjalanan yang boleh tahan jauh dan bosan. Korang kalau duduk je dalam kereta pastu senyap tak buat apa, konfem boleh kena tekanan perasaan kan?? Maybe terkecuali la kepada orang-orang yang ada BB, IPad semua tuh. Boleh on9, chat segala bagi. Tapi untuk korang yang takde aktiviti menarik, boleh cuba game ni. Aku tak ingat lah siapa yang mulakan game ni masa tu but it goes like this.

Bila kereta potong line je, korang tengok la nombor plat kereta tu apa. Huruf je lah. Nombor tak payah.
"Eh! Apsal lak nombor tak payah?" tanya Mak Cik Senah.
Tak payah la makcik oii.. Sebab kita nak main bina ayat atau perkataan daripada huruf nombor plat! Hahaha.. Ni dah dapat idea belum macam mana game ni? Tahniah ye pada yang dapat idea dah. Kau memang fantastik bombastik plastik! Kalau nak hadiah, sila belikan untuk diri sendiri ye. Ahaks! Kepada yang belum dapat, meh baca lagi. Yang dah dapat pun kena baca gak.

Dah dapat je nombor plat tu, korang bina la perkataan or ayat apa-apa pun. Janji mantop! Skema-skema jawapan tak main lah ye.

Contoh yang mengikut skema jawapan:
No. plat : WWF
Ayat: World Wrestling Federation

No. plat : JPN
Ayat : Jabatan Pendaftaran Negara

Tak mantop plus rock okeh?? (Padahal aku selalu je kuarkan perkataan skema-skema tuh). Kalau nak yang mantop-mantop, camni plak.

Contoh yang mantop meletop :
No. plat : WSL
Ayat : Wa Suka Lu

No. plat : CMM
Ayat : Cipan Makan Mcd

There!!! Macam tu lah game dia. Game ni best main ramai-ramai. Yeah, memang sangat fun lagi-lagi bila geng korang tuh semua gila-gila ubi. Hahahaa.. Korang boleh lah try ye. Yang tak nak try tuh, ekot suka liver korang lah. Aku juz bagi cadangan je berdasarkan pengalaman. Maybe entry ni ada part 2. Kambeng soon. Sooner or later bebeh. Selamat mencuba!

Amaran 1 : Kalau nak cuba game ni dengan family korang boleh jugak tapi pastikan family korang tu jenis yang BERSUKAN a.k.a SPORTING. Kalau tak, maybe korang ada risiko untuk dihantar ke Hospital Tanjun Rambutan sebab main game ni pastu gelak sorang-sorang.

Amaran 2 : Kepada para pemandu, anda tidak digalakkan berlebih-lebihan bermain game ni jika anda bukanlah pemandu yang cermat, jiwa selamat. Tumpukan perhatian terhadap pemanduan anda. Sekian. (Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh Belog Cik Durian)

Ok. Bye.

No plat ni unik. Hahaha. Sesuai untuk si gadis. Tapi bila dah kawen kena tukar no plat pulak ke? =P
(credit gmbo kpd blog ni)

9 comments:

asfz lily said...

menarik gila game ni..selalu men tambah2 no plat..spe cepat mmg genius..keh3x

Cik Durian said...

hahaha...oke gak tuh

zaty luvlianncezzz said...

klakar ler idea nie
bley cuba nnt :)

Cik Durian said...

haha..slmt mncube!

abgreds said...

Salam cik D...
nak cilok game ko ni yer..nampak best jer..

Cik Durian said...

sila2..haha...jgn ko terbabas bwk kete udah ler..

Fello de Caminero said...

cik durian... TQ bagi credit link..

Rerajin laa ke arenawafiy..

syafiqsulaiman said...

ok la bagi yang jadi penumpang..
klo yang drive tu aduh...!
klo jaoh2 memang bosan laa..
tu yg kadang2 bleh mengantok tu..

p/s: jemput la dtg ke blog k..

Cik Durian said...

fello: thanks 2 u too 4 da pic..

syafiq: haha..utk pemandu, kena create game lain la..kalau ada penumpang, penumpang la yg kena ceriakan keadaan..tapi kalau sorang2, tak dapat den nak nolong... :P

HeartBeat