Tenkiu Dear!

Sunday, January 16, 2011

Lesen Memandu @ZAPCITY - PART 1

Assalamualaikum. Hye2...

Bangun pagi dengan senyuman dan gelak, memang best! Terima kasih my pocoyo.

Hari ni the whole day berada di Zapcity untuk kelas KPP. Kalau korang baca entry aku sebelum ni mesti tau kan 16 Januari 2011, aku start amek lesen. Ni aku nak cerita la apa yang aku lalui hari ni.

"Cer cite... Cer cite...", bak kata penduduk Kampung Pisang.
Pagi aku bangun before 6a.m. tapi golek punya golek, pukul 6.10 baru lah bangun pergi mandi, solat dan siap-siap. Tengah siap-siap tu sempat lah juga panaskan sardin semalam untuk dimakan bersama roti Gardenia. Walaupun roti tu sedap dimakan begitu saja, tapi lagi sedap makan dengan sardin. Hahaha. So, aku dah ready la tapi lom pakai tudung, just ready nak breakfast. Tiba-tiba je ada dengar suara donald duck macam kat bawah ni.




Terkejut aku ada bunyi itik menyanyi-nyanyi lagu Krismas. Rupanya bunyi henfon aku. Ada nombor yang tak dikenali ni. Tapi malas nak syak pape, aku angkat je. Oh, pakcik van zapcity tu yang call. Dia cakap dia dah tunggu kat simpang. Aku pun pelik. Eh, awalnya. Padahal kerani kat zapcity tu cakap lagi 10 minit pakcik tu nak sampai, dia akan call. Kelam kabut jugak lah aku capai tudung ekspres (tudung ekin) and lari-lari keluar pintu. Yelah, aku memang tak suka buat orang tunggu aku. Rasa bersalah kot.

Dah sampai kat simpang depan tu, aku tengok takde pun van kat situ. Isyhh! Mana pak cik ni? Dah la tengah gelap masa tu. Boleh pulak dan-dan je aku toleh kiri, nampak la anjing hitam putih yang pernah ada sejarah dengan aku. Semester lepas, anjing tu lah yang dok kejar aku sampai aku boleh jadi ratu pecut kawasan taman tuh. Hahaha. Sesuka hati je gelar diri ratu pecut kat taman tuh padahal entah berapa ramai lagi yang dah jadi mangsa anjing tak hensem tuh. *winkwink kepada sesiapa yang pernah jadi mangsa* Bayangkan aku boleh lari dalam masa tak sampai 1minit merentasi padang depan rumah aku dengan anjing tu dok mengejar. Isyhh! Memang memori terindah la.

Okeh. Nampak anjing tu je, badan aku terus statik tak nak gerak sebab nanti anjing tuh nampak pulak. Mampus aku nak kena buat larian dalam kelajuan cahaya. Silap-silap boleh sampai Zapcity tuh tak payah naik van dah. Heee.... Sambung! Sambung! Lepas dah statik tuh, aku terus call balik pak cik tuh tanya dia kat mana. Rupanya dia gi tunggu kat hujung jalan rumah aku. Huhuhu. Takpe-takpe. Tak lama pastu pak cik tuh pun sampai. Fuhh!! Lega aku. Bye-bye Mr. Dog!

So, bermulalah perjalanan yang agak memboringkan sebab pak cik tuh kena amek pelajar-pelajar lain kat kawasan rumah diorang. Memang kebanyakannya lambat. Kesian jugak pak cik tuh dah marah. Yelah, dia nak kejar masa, ada pulak yang lambat. Sabar ye pakcik. So, lebih kurang pukul 8.30 camtu sampai kat Zapcity.

Tak habis lagi ye.. Kena beratur pulak untuk urusan daftar dan bayaran. Kat situ, diorang pakai sistem e-driving yang mana student diberikan satu kad pintar yang mengandungi rekod peribadi mereka. Lagi satu, Zapcity jugak pakai sistem scan cap jari masa datang dan balik. Thumbs up! Just yang leceh kena beratur la. Standard lah tu. Pakcik tuh cakap time kursus KPP je yang ramai camtu. Time-time lain tak macam tuh. Lega aku dengar sebab tak dapat bayang kalau time amali pun seramai tuh. Konfem satu hari pun tak cukup. Huhuhu.

Dah masuk kelas dia, makkkkk...Sejuk! Dah lah aku tengah selsema dan batuk. Bersabar je lah! Nasib baik malam sebelum tuh dah beli siap-siap gula-gula Halls ngan Hacks. Plus, air mineral satu botol. Student dalam bilik kuliah tuh ada 42orang. Lagi satu bilik tak tau lah berapa orang. Kursus tu start pukul 10.16a.m. Bayangkanlah kuar rumah dekat pukul 7a.m. Start pukul 10.16a.m. Huuu.... Sabar..Sabar... Biasalah kan pendaftaran konfem amek masa yang lama. Student pun ramai. So, kena faham kat situ.

Ni buku yang dapat masa kursus KPP.


Btw, nak pesan kat korang. Lau gi kursus KPP ni, sila breakfast ye. Lama kot nak tunggu habis. Kantin yang ada pun mestilah ramai orang. Tak pun, bawaklah bekal apa-apa. This is a reminder for me also! Hehehe.

Start kelas tuh, memang best lah. Tak boring. Sebab pengajar dia memang best dan kelakar. Pengalaman-pengalaman diorang pun diselitkan. Okeh lah tu kan? Takdelah kau ngantuk sangat. Eh, tapi bukan aku asyik menguap ke masa kat kelas tu? Memang lah. Oksigen tak cukup plus dengan tidur tak cukup. Hehehe. Amek kau!

Waktu rehat dia, pukul 11 a.m dan pukul 1p.m. Dua-dua tu dia bagi masa setengah jam je. Before pukul 1p.m tu, pengajar pertama yang ajar. Encik Sani. Lepas pukul 1p.m tuh pulak, pengajar kelas sebelah pulak amek alih. Gilir-gilir gitu. Overall memang okay lah kelas tuh. Just aku ni kadang-kadang tak fokus sebab contohnya bila Encik tu cerita pasal papan tanda amaran kat jalan raya, aku pun mula la menerawang kepala ni. Dok bayang dekat jalan mana ada papan tuh, then melalut-lalut pulak bayangan aku tuh. Verangan!!! Isyh! Bila macam dah tersedar tuh, aku lost kejap. Hahaha. Padan muka aku.

Tapi most of the thing aku tak dapat catch up sangat sebab belajar teori ni tak sama lah dengan kau belajar praktikal kan. Kau kena buat simulation sendiri dalam kereta dan bila kau gi merendek, meronggeng tuh, sila perhatikan sekeliling. Dah tak boleh pikir nak have fun dah. Kena amek perhatian. Hehehe. Konfem aku pasni jadi macam budak tadika baru belajar tengok signboard. Excited gitu. Kwang3....

Kelas abis pukul 3.30p.m. Naik la van yang sama untuk balik. Otw balik tuh agak mencabar bagi aku. Yelah aku memang dok seat depan sebelah pakcik tuh. Van tuh pulak buat hal dok terhenjut-henjut. Aku dalam kepenatan tuh memang naik pitam lah nak tunggu sampai umah tu sebab aku orang last dihantar. Sabar je lah. Sampai rumah memang sangat lepak. Lepas buat apa-apa yang patut, aku pun apa lagi. TIDURRRRR...........

Tu dia pengalaman nak amek lesen memandu ni. Lepas ni kena book untuk ujian komputer lak. Kena buat latihan dalam buku yang ada 500soalan tuh. Soalan yang dia tanya just 50. Tapi kena skor 42 ke atas. Baru lulus. Konfemlah aku buat style macam final exam. Last minute study, fahamkan dan hafal! InsyaAllah boleh... Hehehe.

So, kalau korang nak amek lesen memandu kat Zapcity, boleh lah tengok-tengok dulu kat website dia.
www.zapcity.com.my
 Harga ekot korang punya lesen la. Macam aku, aku amek lesen kereta je. So, nett price RM735 (termasuk kos pengangkutan). Kalau korang nak pergi sendiri tak nak van amek, harga dia RM685. Buat masa ni tu lah promosi dia. Yang lain-lain, tengoklah sendiri kat website tuh.

Untuk bayaran tambahan, buku soalan ujian berkomputer tu RM4 untuk versi BM, RM10 untuk versi BI. Insurans pulak dia tak paksa. Insurans berkelompok dari Kunia Insurans. RM15 je dan valid selama setahun. Aku suggest korang amek la sebab kecelakaan ni kita tak tau kan bila dia nak kena. Ni sebagai langkah yang baik supaya kalau ada apa-apa yang berlaku kat korang, insurans boleh cover. Ada faham? Takkan la 15 hengget tuh pun nak berkira kan? Topup korang laju je beli tapi dengar insurans, teros tak maw. Tak boleh macam tuh okeh. Insurans sangat penting. Maybe next-next entry aku akan cerita pasal kebaikan insurans. Tapi tak janji lah dalam masa terdekat sebab kena korek-korek info dulu. Hehehe.

Ni buku yang ada 500 soalan tu. RM4 sahaja.


Okeh. Abis cerita. Tunggu Part 2 pulak ye. Cerita aku amek ujian berkomputer.

notadurian: Rasa nebes bila pikir nak kena drive tuh. Lagi-lagi masa dengan JPJ. Hahaha.

5 comments:

zaty luvlianncez said...

x amek lesen sb part kna tgu lama2 tue

huhu

nnt la amek

malas lorh

Cik Durian said...

hehe..nnt2 pn kna tnggu lme jgk..silap2 nnt die tmbh lg syllabus...hrga pn mkin nek..

نورناديه said...

err asalamualaikum. tengah amek lesen kat zapcity gak eh ? nak tanya boleh tak. kalau daftar online, pastu dtg kelas kpp tu kena bayar selepuk semua or ansuran2 tiap kali datang kelas ? :)

نورناديه said...

opss sorry tak perasan tahun bila.

نورناديه said...
This comment has been removed by the author.

HeartBeat