Tenkiu Dear!

Thursday, January 13, 2011

Aku Nak MC!!!

Hampeh!!! Yes, i admit you are a nice doctor tapi tak boleh pikir ke demam ni tak boleh baik dalam masa beberapa jam?? Hadoiiiii.... Dah la nak gerak pun rasa sengal-sengal ubi je. Dengan petang tadi basah kuyup kena hujan lebat. Seriously aku perlukan MC! Ada tak doktor-doktor hensem lawa yang baik hati nak bagi aku MC? Teehehehe..

Doc yang aku jumpa petang tadi memang lemah lembut je. Kagum jugak aku sebab aku ni jauh lebih kasar dari dia. (Okeh sara, tu lah sebabnya kau tak ditakdirkan jadi doktor! Hahaha.) Lepas aku dah cakap semua simptom-simptom yang ada, dia pun tulis je lah report kat kad rawatan tuh. Then dia bagi aku suruh gi amek ubat pulak. But then, aku terfikir. Eh, takde MC ke?? Aku punya la jalan pun tak betul dengan muka pucat macam hantu (okeh, tipu!), dia tak bagi aku MC?? Tapi nicely aku cakap la mintak MC coz doktor-doktor lain yang aku pernah jumpa kat klinik U aku tu automatik akan bagi MC bila student demam. Ni doktor ni tak bagi. Pelik bin ajaib kau!

Aku pun tak perasan lah kertas yang dia bagi tuh bukan MC tapi just surat mendapat rawatan. Means, kau just dapat surat tuh sebagai excuse kau tak datang kelas untuk gi klinik. Dah kuar dari klinik baru perasan. Haih... Takpelah! Maybe aku ditakdirkan untuk pergi kelas esok. Huhuhu. Apa pun, harap-harap cepat la aku sihat. Dah la isnin depan ada interbiu untuk internship. Seyes nebes weh! Apa la aku nak kelentong diorang. Hahaha. No, no! Jangan kau nak buat kerja gila kelentong. Be honest sudah. Rezeki ada di mana-mana kan? InsyaAllah....

Dah abis baca dah? Kau faham ke apa aku cakap kat atas tuh? Hahaha. Motif nak dapat MC je pun. Misi gagal! Derrrrrr.....

Tata korang. (^__^)

notadurian: Takde selera dah! Tak makan means tak boleh makan ubat. Hahaha. Boleh ke cenggitu ek?

2 comments:

Cik Bucken said...

slmat menjadi EMCEE stlh xbrjaye dpt MC >_<

Cik Durian said...

hahaha...xdpt la jd emcee camni

HeartBeat