Tenkiu Dear!

Wednesday, July 7, 2010

My Lovely Bff~~

Belakang dari kiri : Rasyida, Majidah
Depan dari kiri : Rahimah, Sarah (me)

30 Jun aritu, bff aq datang umah. Hepy sangat..!! Ye la, lama tak jumpa diorang.. Bape tahun entah.. Diorang ni bff aq masa zaman sekolah menengah. Selalu berempat ke mana-mana. Kadang-kadang ada gak aq tak dapat join aktiviti diorang.

Seyes tak sangka dapat jumpa diorang. Plan ni jadi bila Imah sms aq wish birthday. Masa tu Incik Ribena tengah drive nak bawak gi tempat 'surprise' dia la. (Surprise terkantoi bila dah nak sampai tempat tu.. Hehe.. Sorry awk!) Aq pun layan sms dengan Imah ni sebab boring tak tahu ke mana dia nak bawak aq masa tu. Huhuh. Then, Imah cakap la the next day dia nak turun Kota and dia ajak sekali Majidah join jumpa kat rumah aq. Unfortunately, Syida tak dapat la join sebab dia dah pindah nun jauh kat Perak tu. Rasa macam tak lengkap je. Tapi takpe lah.. Next time buat plan hang out kat mana-mana berempat  pulak.

It was really fun kat rumah aq masa tu. Macam-macam cerita keluar. Lama tak jumpa lah katakan. But mostly cerita pasal study la.. Budak U kan...Takkan citer pasal keje menimbun lak.. Tapi Imah dah abis belajar. Dok tanam anggur kat umah tu. Syida lak kerja buat roti (diorang cakap la..). Aq try jugak call Syida masa tu tapi tak angkat.. Dia bz adun doh roti kot. Hehe.. Rindu la kat ko Syida..

Btw, tenkiu sangat2 ye kawan2ku.. Sebab sudi datang rumah aq. Takde pizza nak hidangkan. Hehehe.. Len kali datang lagi ye.. Tak pun datang Melaka.. Kita hang out puas-puas. Miss u guys a lot..!! Sayang korang...!!

Jom layan gambar kitorang masa kat rumah aq...

Makanan untuk diorang (ni dah dibantai ye..)


Aq siap gi pkai tudung & sweater semata-mata untuk bergambar.. ;P


Sayang korang.... <3


Cik Majidah yang pemalu dengan Cik Imah....


Senyum-senyum....


Mereka lagi...


Oke, ni diorang dah nak balik....

notadurian: Syida..!! Pasni ko lak buat plan.. Hehehehe...

2 comments:

suhaisweet said...

Hi, Visiting here..Very nice..luv ur blog...Very special for u.. Don’t Miss it!

Cik Durian said...

thanx..will visit ur blog later.. ;)

HeartBeat