Tenkiu Dear!

Tuesday, March 29, 2011

Resepi Begedel Simple (untuk orang bujang)

Assalamualaikum....

Yeah..Muncul suda~ Ingat tak aku ada janji apa kat entry sebelum ni? Ingat tak? 
Kalo ingat tu, tahniah! Memang korang pembaca blog ni yang setia. Cewah!

Okeh2.. Gud news kepasa peminat BEGEDEL....

Taraaaaaaaaaaa... Arini aku nak share respi begedel yang sangat simple. Simple in terms of orang bujang la. Bese la tak semua bahan kita ada kan kat umah bujang ke umah sewa ke. Nak tengok begedel yang sedap tu? (Puji diri sendiri??? LOLZ!)

Maap ye. Lupa nak amek gambo yang dah hidang kat pinggan. Ni masa tengah tos minyak.
Firstly, meh tengok dulu list barang-barang yang kena ada untuk resepi BEGEDEL ni...

  1. 6 biji kentang saiz sederhana (Wajib! Jangan ngada pulak nak tukar dengan pisang ke ape)
  2. Bawang merah (Digoreng garing- lau tak pun beli je yang dah siap kat supermarket tu)
  3. 1 Kiub Pati Ayam (Prefer jenama Maggi)
  4. 2 sudu besar rempah sup (Yang dalam bentuk serbuk tu. Nak bagi rasa rempahnya)
  5. 2 biji telur (Dipukul hingga kombang)
  6. Garam secukup rasa
  7. 1 senduk nasi tepung gandum (senduk tu saiz sederhana okeh)
Ha, dah ready semua? Jom masak!

  1. Basuh kulit kentang bersih-bersih. Tak payah kupas kulit kentang tu ye. Masukkan dalam periuk berisi air. Rebus sampai korang rasa dia dah empuk. Masa rebusan bergatung pada saiz kentang la.
  2. Dah siap rebus tu, angkat la dan toskan. Biya kentang tu sejuk sikit. Sebab kite nak kupas kulit dia. Kalo panas-panas, melecur kang tangan tu. Aku tak tanggung ye~~ Dah sejuk tu, kupas la kulit die tu pakai tangan je..
  3. Kentang yang dah dibuang kulit tu, lenyek la sesuka hati. Lenyek sampai penyek. Hahaha.
  4. Masukkan kiub pati ayam dan garam secukup rasa. Gaul rata.
  5. Masukkan bawang goreng sesuka hati. Gaul rata.
  6. Masukkan rempah sup. Yang ni depends la bape banyak korang nak letak. Letak sikit-sikit sambil gaul tu. Pastu rasa la. Kalo tak reti agak, ekot je amaun kat atas tu.
  7. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit untuk lekatkan bahan-bahan dalam tu. Jangan letak banyak-banyak. Kang rasa tepung je pulak.
  8. Gaul semua tu sebati. Pastikan rasa tu dah cukup ye.
  9. Ha, sekarang skil membentuk begedel. Tapi mula-mula, taburkan tepung kt dulang nak letak begedel tu dulu supaya tak melekat. Tangan korang pun sapu jugak dengan tepung. Kat tapak tangan dah la.
  10. Apa lagi, gentel-gentel la adunan tadi membentuk begedel yang comel lote. Gentel bulat-bulat dulu, pastu lenyekkan sikit dengan tapak tangan bagi die leper sikit.
  11. Letakkan dalam dulang yang ada tepung tadi, balik-balikkan bagi begedel tu bermandi tepung. Tak payah tebal sanagat. Step ni penting supaya masa goreng tu kentang tak berpisah dari badannya. Kiranya macam berterabur la dalam minyak tu. ( Haha. Tak tau nak cakap camne.)
  12. Panaskan minyak. Api sederhana kecil je ye.
  13. Masukkan begedel dalam telur yang dah dipukul tu. Bagi dia mandi telur. Cepat-cepat, masukkan dalam kuali tu. Goreng la sampai rasa-rasa dia dah masak. Kena jaga taw. Kang hangus pulak.
  14. Okeh, toskan minyak dan hidang sesuka hati. Hehehe.
Gambar untuk STEP 10 & 11

Close up gambar untuk STEP 10 & 11

Gambar untuk STEP 12 & 13

Gambar untuk STEP 12 & 13.
Psssstttt... Kalau nak begedel yang macam kat kedai tu, korang just tambah daging cincang atau ayam cincang. Lebih sedap kalau daging/ayam tu kita cincang sendiri. Kalau yang dah ready dicincang macam kat supermarket tu, rasa dia kureng. Jangan lupa tambah daun bawang dan daun sup yang dah dihiris halus.. Nyummmmm3...

TIPS MEMASAK:
  • Sebelum mula masak, baca Bismillah dulu. Sambil-sambil masak tu, selawat. Hati kena ikhlas bila masak, mood mesti happy. Baru masakan tu menjadi.
  • Gunakan tangan yang bersih untuk menggaul bahan-bahan tadi. Bak kata orang, guna tangan lebih sedap dari guna senduk.
Arini satu resepi je lah ek? Esok-esok resepi lain pulak. Banyak ni resepi nak share. Hehehe.

Notadurian: Nampak durian semakin banyak di mana mana. Oh, tidak!!! Mawwwwwww... Takde orang nak belanja ke?? (^__^*)"

8 comments:

sumaiyah mokhtar said...

wahhhhh nak2 sedapnyeee :) nti nk cuba lah huhu

Cik Durian said...

sumaiyah: hehe..cuba la..nnt upload la gmbo die kt blog... ;)

Anif Abdullah ® said...

sodap eh.. lamo xraso :)

papajahat.com@gmail.com said...

Salam, Begedel tu pasti sedap tp ada tak begedel perisa durian cuba ya!!!!
kalu ada umph!!! habak habakkan buat receipi terbaru, good luck.
Wasalam

Panglima Muda said...

cok kodok ada

ABICEHHA said...

Salam..
nampak sedap..nak buat pun cam simple je..bole la try nanti.. =)

Cik Durian said...

Happy cooking everibadi! Hehehe..

sherlina halim said...

Pengen yang lebih seru ...
Ayo kunjungi www.asianbet77.com
Buktikan sendiri ..

Real Play = Real Money

- Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
- Bonus Mixparlay .
- Bonus Tangkasnet setiap hari .
- New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
- Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
- Cash Back up to 10 % .
- Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
- YM : op1_asianbet77@yahoo.com
- EMAIL : asianbet77@yahoo.com
- WHATSAPP : +63 905 213 7234
- WECHAT : asianbet_77
- SMS CENTER : +63 905 209 8162
- PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

Salam Admin ,
http://asianbet77.com/

HeartBeat