Tenkiu Dear!

Friday, March 11, 2011

Gempa Bumi di Sendai, Jepun (2011)


Berita yang amat mengejutkan aku. Terus bangun dari tengah baring. Macam tak percaya jugak. Bangun gi on laptop nak tengok. MasyaAllah, sangat teruk. Dalam kepala dah pikir macam-macam dah. Teringat yang tsunami dulu. Harap-harap Malaysia selamat. Dan juga negara-negara lain.

Affected zone at Sendai, Japan


Patut la pelik semacam je cuaca. Tak macam biasa. Hujan dimana-mana. Memang rasa tak sedap hati juga bila tengok perubahan cuaca lagi-lagi bila pergi kelas pagi tadi, hujan pulak. Kesian kawan-kawan aku yang naik motor. Basah diorang. Tapi takpe. Niat nak pergi menuntut ilmu, insyaAllah, Allah akan balas dengan kebaikan. (^_^*)

Kalau korang nak tengok live update pasal tsunami ni, boleh tengok kat laman web Al-Jazeera.


Kalau nak baca berita online, boleh la tengok kat laman web Harian Metro atau lain-lain. Gugel pun boleh je. Memang dapat banyak update pasal ni. Huhuhu.

Tadi nak search kat Gugel, ak ternampak message Tsunami Alert dari Google.

Click lau nak nampak lebih jelas atau gi homepage Google.com

Aku doakan semuanya selamat je. Untuk kawan-kawan aku yang ada kat Jepun tu, aku doakan korang selamat and be strong okay. Take care!

4 comments:

faiz said...

semoga rakyat malaysia kat sane selamat..

Cik Durian said...

insyaAllah...Amin...

teddyuna said...

semoga mereka smua selamat amin ;)

Cik Durian said...

una: insyaAllah..Amin...

HeartBeat