Tenkiu Dear!

Wednesday, July 28, 2010

Bila Siput Berblogging

Dah makin sepi kan blog Cik Durian ni...??
Sekarang sedang bertukar menjadi Cik Siput dek kerana tidak boleh berblogging dengan rancaknye macam dulu.. Eh, ada ke blogger bergelar Cik Siput? Kalau ada sori ye.. Tak maksudkan kamu pun..Huhu.. Kalau korang nak taw, kat dunia luar blog ni, Cik Durian lebih dikenali sebagai Cik Siput Sedut.. Sebab sangat suka dengan nama siput sedut and sangat suka makan siput sedut.. Tapi jarang dapat makan. Sama la macam durian. Heheheh....

Btw, Cik D tak berapa sihat sejak kebelakangan ni. Baru baik dari demam, kena pulak sakit mata. Kesian kan? Sila kesiankan diri saya ye. Kalau tak, saya merajuk!! Haha.. Pandai lak aq nak majok2 ni..

Entry ni aq nak letak gambo banyak2.. Layannnnn.......

Tema kuda belang...

Ni muka yang dah penat + ngantuk... ;P


Tetibe nampak kurus.. Wakaka.. I like!!


Sesi meng"kopi" kat Oldtown bersama mereka...


With my bff.. Cik Umie... Kat Oldtown..


Nyumm2... Suke air kopi O ais die.. Superb kaw!!


Incik Ribena sedang mengisi order untuk kami.. Hehe...

Okeh, tu je untuk entry kali ni.. Lepas ni tak taw la bile nak update lak.. Huhu.. Have a nice day~~!! Lots of love from me.... <3<3<3 xoxo

notadurian: Kamu buat saya tak pandang orang lain dah.. Thats why i choose u..

Thursday, July 22, 2010

Masalah Kemengantukan!!

Hadoii... Setiap kali lecture, mata ni cepat je nak layu. Tapi tak reti lak nak tido dalam kelas. Aq pelik gak macam mana orang boleh tido dalam keadaan duduk. Seyes aq rasa orang tu terer. Lagi2 if dia dok depan sekali and selamba bluehyppo je tido. Tabik spring ar!!

Ngantuk, ngantuk, ngantuk!! Sem ni dapat lecturer kebanyakannya sangat tak menarik perhatian aq untuk fokus dalam kelas (kecuali beberapa lect). Sem lepas best dapat lecturer yang sangat energetic. I like!! Belajar pun semangat even ngantuk tu kadang2 tak boleh elak. Huhuhuh...

Sara..Sara..pliz fokus..!! Mata tu kontrol jangan bagi layu. Wahai setan2 sekalian, jangan la ko bergayut kat mata aq.. Berat weh!! Syuhhh3!!!

Got to be more focus this semester. Subject pun semakin tough. Wargghh.. Macam blur2 je masuk lecture kali ni. Huhu.. Hope this won't last long..(eh, betol ke ayat aq ni? hahaha)

Ok lah.. Nak tido.. Dah start belajar ni semangat nak on laptop hanya datang sekali sekala. Hehe.. Rindu kat korang.. Seyes!!! (^_^) --> Bile la aq nak blogwalking ni..... Duhhhhhh.....

Gudnite sume...


Cik D dengan lab coatnya...

notadurian: Kepada cik kak-cik kak sekalian, dah abis ganti pose lom? Jangan buat2 forget aarr... ;P

Sunday, July 18, 2010

Cara Cari Siaran TV

Mendung... Pastu hujan. Huhuhu.. Camne nak basuh baju ni? Enibadi nak tolong basuhkan? Hehehe..
Weekend ni takde buat apa sangat tapi semangat nak on lappy sangatlah nyawa-nyawa fish! Kebosanan melanda seisi rumah.. Kesian kitorang.. Tak taw ape nak buat.. Sekarang astro tak dapat.. Orang sebelah tak on astro kot. Eh, tv kitorang dapat channel astro taw. Tapi tak taw lah camne boleh dapat. Maybe dari orang sebelah punya kot. Tapi kalau orang sebelah tukar channel, kat tv sini pun bertukar jugaklah channelnya. Hari ni lak no astro.. Sedey.. :-(  (ke orang sebelah ni dah taw kitorang dapat astro dari dia? hehehe...)

Takde ape nak apdet sangat arini.. Meh skodeng camne kitorang attach ariel tv ni (ariel ke eh?? )

Ariel tu dilekatkan kat dinding dengan selotape.. ;P

Friday, July 16, 2010

Tak Sedapnye Toasted Pocketful..!!

Ni ha rupa Toasted Pocketful (TP) yang orang dok cakap sedap tu..

Ada sape-sape yang pernah rasa TP by KFC ni?? Korang rasa sedap ke mende ni? Huhu.. Aq rasa TP ni lah makanan paling awful yang ada kat KFC. Menyesal taw order. Nasib baiklah aq order X-Meal.. So, dapat la jugak cover lapar dengan ayam spicy. Serius la rasa dia memang tak boley blah. Tortilla dia dah la lemau, memang tak sedap!

Tapi tak taw la kan if kat tempat aq makan tu dia buat tak sedap sebab kat tempat lain kawan-kawan aq makan, diorang cakap sedap. Kalau nak kata lidah aq tak betul, cik Umie yang makan dengan aq pun cakap tak sedap.. Aq rasa, dia jadi tak sedap sebab benda tu dah sejuk + lemau.. Kalau aq boleh suggest kat KFC, aq suggest dia letak mayonis instead of corn kernels.. Aq nak abiskan aq punya tu siap makan isi ayam tu dengan sos cheese yang ada kat cheezy wedges tu. Baru la rasanya ok sket.. Lepas ni memang tobat takmo makan ni dah. Baik aq makan set dinner plate. Baru puas ati. (cheezy wedges tak leh tinggal ye..hehehe...)

Sory, bukan nak kutuk tapi ini la personal opinion aq lepas rasa sendiri Toasted Pocketful tu. Kalau kat tempat lain sedap, mungkin aq akan cuba untuk rasa lagi (tapi rasa orang lain punya la.. ;P )

Jom layan gambo2 kat bawah ni...

Abis aq bongkar TP tu sebab tak nak makan tortilla tu..


Muka cik Umie yang semacam nak abiskan TP die.. Hehehe..


Muka Toasted Pocketful yang masam... :(


Yayy..!! Finally jumpa cardigan.... (selingan je..)

notadurian1 : Sila abaikan pingganku yang comot itu.. :D
notadurian2 : miss someone a lot... :(

Tuesday, July 13, 2010

Salam Takziah

Salam semua.. Semalam aq takde apdet apa-apa kan? Maaf lah ye.. Banyak urusan dan aq mendapatkan khabar yang menyedihkan.

Em, ayah kepada Incik Ribena telah kembali ke rahmatullah malam semalam. Aq tak taw camne tapi aq dah dapat rasa. Dan aq sangat sedih. Sangat rasa kehilangan walaupun dia bukan ayah aq. Sedihnya terasa sampai sekarang. Aq tak boleh duduk sorang-sorang. Cepat je air mata nak mengalir. Korang pelik kan kenapa aq boleh sedih sampai macam ni? Takpelah, biar aq je taw sebabnya. Hari ni jugak, aq tak datang kuliah sebab demam dari hari Isnin. Tambah pulak dengan berita sedih ni. Mata aq ni dah macam mata goldfish. Huhuhu..

Aq harap Incik Ribena, akaknya & keluarga tabah hadapi dugaan ni. Aq jugak mengharapkan aq kuat berhadapan dengan dia selepas ni. Semoga Allah membantu mereka menghadapi dugaan ini dan memberi mereka kebahagiaan, dunia & akhirat.

Awak..Saya mintak maaf ye sebab saya sepatutnya kuat bila awak beritahu berita tu. Saya tak patut menangis depan awak & akak awak. Im really sorry. Percaya atau tak, saya sayang arwah walaupun tempoh kami kenal tak lama.

notadurian: Argh, air mata mengalir lagi... :(

HeartBeat