Assalamualaikum.
Resepi lagi... Hee~ Belajar buat ni dari belog Little Parlour.
Memang sodap! Baru lah tau yang masak lemak cili api ala N9 ni tak guna bawang. Hehe. Selama ni dok hentam guna. Patut la rasa lain je. Bawang tu rupanya.
Kalau ikut cara lama aku, memang aku letak bawang besar. Tapi kali ni aku tak letak dah la. Bahan-bahan lain still sama. Ini lah gunanya kalau berbaik dengan PakCik Gugel. Macam-macam ilmu boleh dapat. (^_^*)
Kat bawah aku ada tepek sekali gambonye tapi sorry la sebab tak clear. Hp murah je. Hehe..
Okeh. Jom tengok apa bahan-bahan dia.
Bahan - bahan:
# 1/4 ekor ayam (tos selepas dibersihkan)
# 2 batang serai (diketuk)
# Kunyit hidup (sebesar ibu jari - ditumbuk)
# 20 tangkai Cili padi (ditumbuk)
# 2 biji kentang - dipotong tak terlalu nipis
# Asam keping
# Daun kunyit
# Santan
Cara - cara:
1. Tumbuk cili padi dan kunyit hidup lumat-lumat. Kalau malas boleh blend tapi kalau tumbuk rasanya lagi sedap.
2. Masukkan dalam kuali - ayam, serai, dan cili padi + kunyit hidup yang dah ditumbuk lumat. Api kecik je tau. Gaul-gaul la sampai air ayam tu kering. Kalau nak tau air ayam tu kering ke tak, ayam tu dah tak nampak macam daging mentah - means dah jadi warna putih-putih gitu. Gaul la dalam 10 minit camtu ye.
3. Masukkan santan cair dan kentang. Kacau-kacau sikit sampai la ayam tu nampak kecut - means dah masak dan santan tu pulak dah mendidih. (Kentang tu pastikan dah separuh/hampir masak la)
4. Masukkan santan pekat, asam keping dan garam. Kacau-kacau ye jangan bagi santan tu berketul. Asam keping tu agak-agak la sendiri. Jangan sampai masam sangat kang. Untuk resepi yang aku buat ni, aku pakai asam keping sebesar ibu jari je. Last sekali masukkan daun kunyit.
Okeh, siap sudah~ Ni la hasilnya.
* Kalau suka rasanya ada manis sikit, letak la gula sikit. Aku memang letak sebab suka masak lemak yang ada rasa masam, manis dan masin - SECUKUP RASA! ;)
** Ayam masak lemak cili api tak berapa best kalau terlampau banyak rasa ayamnya. Sebab tu air ayam tu dikeringkan dulu pada step No.2.
*** Kunyit jangan terlampau banyak sebab akan menjejaskan rasanya.
****Pastikan kentang tu masak ye...
SELAMAT MENCUBA! Enak dimakan bersama ikan bulu ayam~ *perut berbunyi*
Notadurian: Kalau guna ayam kampung mesti lagi sedap! Lagi - lagi kalau ayam tu disalai.. Nyumm3!! *air liur merembes dengan banyaknye :P*
9 comments:
kakak, air liur merembes? cube explain :P
Jiha: Aiya, tarak paham ka? Sebut pasal makanan or terbayang makanan yang super yummy, konfem air liur akan automatik dirembeskan dari kelenjarnya. Hehehe
hi cik durian.. tq sudi cuba.. :)
TQ sis..Sedap! Nnti balik hometown nak buat lagi..
Tankiu ... dah cuba dan sodap rasonyo....
memang xda guna bawang langsung ke?
Yup..Takde guna..
kalau xda serai mcm mane
Отношения:) проститутка на дом Киев
Симпатичная и интересная девушка, привнесу в Вашу жизнь незабываемое блаженство, гармонично сочетающее в себе любовные утехи и душевный отдых.Милый в цену за часик входит секс и минетик. Об остальных услугах можешь узнать позвонив мне… Наряд – предисловие к женщине, а иногда и вся книга
Post a Comment