Tenkiu Dear!

Thursday, March 3, 2011

Tutorial : Letak Emoticon Cute kat Shoutmix

Assalamualaikum...

Heee... Pasan tak shoutmix Kebun Cik Durian dah ada penghuni baru? Comel kan? Comel kan? Hihihi.
Jakun ni. Jeles tengok shoutmix orang ada emoticons comel lote. So, tadi belajar la kejap cara nak letak "mereka-mereka" kat shoutmix tu.

Even benda ni senang je, nak jugak ajar korang. Hahaha. Kalau dah tau tu, buat-buat tak tau lah ye? Bagi lah can sikit nak jadi cekgu jap. Lalallalalaa....

Okeh, penghuni-penghuni sekalian... Sila beratur....

Haa... Sume kat atas tu penghuni baru kat Kebun Cik Durian. Tak ramai pun tapi mereka sangat comel kan?

Kalau nak tau, mereka ni asalnya datang dari www.emotasia.com dan www.laymark.com

Meh, aku ajar korang macam mana nak letak si kiut miut di atas kat shoutbox korang. Ni aku juz ajar untuk Shoutmix je, chatbox lain tak sure sama ke tak. 

1. Login kat shoutmix.com dan pergi kat bahagian Setting. Klik pada Smileys dalam box Display.
Ha, SMILEYS yang anak panah merah tunjuk tu.
2. So, korang gi la dekat link kat atas tu, pilih mana yang rasa-rasa berkenan.


3. Right click pada emoticon yang berkenan tu, copy URL emoticons tu. Bukan URL website tu tau tapi URL gambar emoticons tu. (Yang ni ikut browser memasing la. Kalau Google Chrome, dia ada Copy image URL)


4.  Paste la pada ruang Smiley image URL seperti gambar di bawah. Letak la kat ruang Code tu ikut suka korang. Tengok contoh pada gambar.


5.  Dah siap tu, klik la Save Setting.

Okeh, siap sudah.... Ni contoh yang aku buat.


Jom ramai-ramai comelkan blog dengan tambah penghuni kat shoutbox korang! Yang takde shoutbox tu, boleh la gi register sekarang ye.

Alhamdulillah...

Assalamualaikum....

Syukur sangat sebab dah dapat nyawa kepada henfon aku. Kalau korang pernah terbaca entry Henpon oh Henpon! , mesti korang taw apa yang jadi kan? Tenkiu mama sebab pas charger mama dulu kat Sara. Fyi, mama aku pakai henfon yang sama dengan aku, tapi mama punya pink kalerrr.. Hehehe. And also thanks jugak sebab supply bekalan "treatment" yang sangat ku perlukan. Huhuhu. Lebiu mama!

Alhamdulillah, terima kasih atas semua nikmatMu Ya Allah...

Lepas ni entry-entry boleh lah ada gambar walaupun kualiti kureng sikit.. Sebab sekarang guna henfon Nokia,  takde kamera.. Kaler pun satu je.. Tak kalerful. Hehehe.. Tunggu henfon aku habis amek nyawa dulu baru lenjan guna....*charging*charging*

notadurian: Terpaksa saving untuk "keperluan" hidup itu! Takpelah.. Susah-susah dulu, kemudian hari akan senang. (^_^#)

Wednesday, March 2, 2011

Resepi Kerabu Mangga

Assalamualaikum....

Hari ni terasa nak share resepi kerabu mangga yang aku suka sangat buat terutama time pokok mangga kat umah aku tu berbuah dengan selebat-lebatnya. Hah, kau! Sampai tak tau nak buat apa dah mangga banyak-banyak tu. Nak buat colek pun jemu juga hari-hari. So, buat la kerabu mangga. Konfem tak jemu makan. Hehehe...

So, ni rupanya kerabu mangga buatan aku. Sorry, kualiti gambar tak oke sebab hp murah je.. Hehe...

Kerabu Mangga - Yummy!!!

Cara-cara:
  1. Ambil sebiji mangga muda yang tak masam sangat, just nice. Korang kupas la dulu kulitnya. Pastu racik-racik guna pisau. (Er, racik ke? Tak sure la term apa nak guna. Yang penting, rupa dia mesti macam di atas tu)
  2. Goreng ikan bilis sampai garing. Angkat. Tumbuk sampai lumat or separa lumat. Ekot suka korang.
  3. Hiris bawang besar, serai, cili padi (hijau/merah).
  4. Gaulkan la ikan bilis yang dah tumbuk tadi dengan mangga tu, sekali dengan bawang besar, serai dan cili padi.
  5. Tambahkan gula, garam, limau kasturi (cuka pun boleh) secukup rasa.
  6. Tadaaaaaa.... Siap sudah!
Btw, kalau ikan bilis tu nak gantikan dengan kacang tanah okay juga. Goreng dulu dan tumbuk. Pastu gaul. Tambahkan la udang kering yang dah ditumbuk sikit tu sekali untuk tambah rasa. Emmm... Sedapnya!!! Tapi kalau nak lagi sedap, perap la dulu dalam peti ais, biar rasa dia sebati. (^_^*)

Selamat mencuba! 

notadurian: Bila la durian nak musim ni...... (-_-)"

Tuesday, March 1, 2011

Banner Baru!

Hohoho... Macam jakun je kan? Padahal buat banner guna MS Paint je. Huhuhu... Takde software photoshop la nak buat cun-cun... So, kalau kualiti banner tu tak berapa nak cun, abaikan aje. Janji dah ada banner kan? Lalalalaa...

Dalam banner tu ada macam-macam karakter kan?
  • POCOYO - my peberet!!! sangat suka! kipas-susah-mati dia!
  • DURIAN - haa.. opkos la ada kan? Kan Cik Durian punyer belog. Tak sangka juga dalam neopet ada karakter durian. Comel je! Hehehe..
  • BUMBLE BEE - Hahaha..saje bagi nama cenggitu. Lebah wakil warna kuning macam isi durian.
Dan lain-lain.... Sebenarnya takde idea nak buat banner. So, banner ni maybe temporary or akan kekal kalau dah malas tahap gaban la kan. Hehehe. Berjam-jam mengadap banner ni je, padahal simple je pun. Isyhh.. Itulah aku kalau dah mengadap kerja design-mendesign ni. Tak kisah benda lain. Huhuhu.

Cubaan pertama....

Cubaan kedua...


Sila klik pada gambar untuk tumbesarannya. (^__^)


Under Construction!

Assalamualaikum....

Maaplah ye kalau tengok blog ni serabut je. 
Tengah renovate rumah Cik Durian ni. 
Nak cat-cat sikit, pasang papan tanda, letak perabot.. 
Hehehe..
 Saje nak menceriakan sikit rumah ni. 
Baru ada mood nak berbelog kan? 
Ahaks!

See you soon.... Tata! 


HeartBeat