Tenkiu Dear!

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Sunday, March 13, 2011

Resepi Nasi Goreng Kampung Yummy!

Assalamualaikum...

Tengah lapo-lapo ni, memang terbaiklah post resepi kan.. Kali ni nak share resepi nasi goreng kampung yang sangat yummy, lagi-lagi kalau buat pedas-pedas...Waaaa, memang meleleh la air liur tengok. Peluh pun ngalir juga sebab pedas. Hahaha..

Cekidaut gambar yang aku amek lepas buat nasi goreng kampung ni...

Ni gambar close up. Abaikan kualiti gambar tersebut. (^_^*)

Meh-meh. Kita belajar masak.

BAHAN-BAHAN:
1biji bawang merah (saiz sederhana)
4 biji bawang putih
12 tangkai cili padi (hijau)
ikan bilis (dibelah dua & goreng garing)
fishcake (ikut suka banyak mana)
sayur kangkung
ayam (dihiris nipis)
1 biji telur
nasi putih (1/2 periuk nasi standard)

CARA-CARA:

1. Tumis bawang besar, bawang putih & cili padi yang dah ditumbuk tu. Guna minyak yang goreng ikan bilis tadi okeh. Baru ada rasa bilis tu.

2. Masukkan ayam dan fiscake. Kacau-kacau sampai ayam masak.

3. Masukkan sayur kangkung. Kangkung ni dia bagi rasa taw kat nasi goreng tu. Tu yang boleh jadi sodap. Hehehe.

4. Masukkan telur, kacau-kacau. Then, letak la garam secukup rasa. Kalau nak letak ajinamoto atau kiub ayam/ikan bilis pun boleh. Terpulang pada selera korang.

5. Masukkan nasi putih. Gaul sebati dengan bahan-bahan tadi. Masa ni besarkan sikit api untuk dapatkan nasi yang sedikit garing. Tapi kena pandai kawal taw. Buat ala-ala kedai masak pakai api besar tu. Muahahaha. Jangan lupa sediakan pemadam api sebagai langkah berjaga-jaga. (^_^*)

6. Masukkan ikan bilis yang dah siap-siap digoreng tu. Siap suda~~


Apa lagi, jom la ngap! Hahahha. Ada yang tengah telan air liur tu.. Ayokkkk! Tak tau...

Hidangan di rumah sewaku.
Pstttt... Kalo nak lagi sedap, buat la bawang goreng. Pastu hiris cili merah. Sebagai hiasan dan untuk dimakan. Nyummm3!

Saturday, March 5, 2011

Resepi : Menu Breakfast - Roti dan Red Beans Telur

Assalamualaikum....

Morning everibadi.... Lai..Lai... Jom tengok apa yang boleh korang buat untuk breakfast hari ini, esok, lusa, tulat, langkat sume la... Ni breakfast peberet aku. Dekat umah sewa la. Lau rumah sendiri, konfem dah buat macam-macam kan..

Ni dia roti Gardenia dan Red Beans dicampurkan dengan telur... Yummy! Nak namakan apa ye? Hurm.....Ah, korang namakan sendiri la ye? Hehehe.

Pandangan atas.....

Pandangan tepi...

Heheh...Seyes aku cakap memang sedap la.. Nak tau macam mana buat dia?

1.  Mula-mula, gi beli Red Beans dulu. Aku prefer jenama Yeos. Korang ikut la taste masing-masing.

2.  Dah beli? Bagus. Sekarang gi beli telur sebiji. Hahahaha. Cepat-cepat!

3.  Dah beli telur?? Okeh, minyak tak yah la kot. Mesti dah ada kan? Lau takde, gi beli sekarang! Jangan lupa Sos Cili jenama Kimball dan Kicap Manis Jalen.

4. Dah ada semua tu? Gi panaskan sikit je minyak dalam kuali. Jangan banyak-banyak. Nak buat scramble egg je pun. Okeh, bila dah panas tu masukkan la telur sejibik dan kacau-kacau jadikan scramble egg.

5.  Masukkan 3 sudu red beans tadi (Nak lebih pun boleh), sos cili sikit dan kicap pun sikit.

6. Kacau-kacau-kacau.. Dah siap!

Bon Appétit~

Notadurian: Dah tengahari baru nak post entry ni kan? Hehe. Menu tu aku petang semalam. Lapo-lapo, makan la tu. Pinggan pun comot sebab dah makan separuh, baru teringat nak amek gambo. =P

Wednesday, March 2, 2011

Resepi Kerabu Mangga

Assalamualaikum....

Hari ni terasa nak share resepi kerabu mangga yang aku suka sangat buat terutama time pokok mangga kat umah aku tu berbuah dengan selebat-lebatnya. Hah, kau! Sampai tak tau nak buat apa dah mangga banyak-banyak tu. Nak buat colek pun jemu juga hari-hari. So, buat la kerabu mangga. Konfem tak jemu makan. Hehehe...

So, ni rupanya kerabu mangga buatan aku. Sorry, kualiti gambar tak oke sebab hp murah je.. Hehe...

Kerabu Mangga - Yummy!!!

Cara-cara:
  1. Ambil sebiji mangga muda yang tak masam sangat, just nice. Korang kupas la dulu kulitnya. Pastu racik-racik guna pisau. (Er, racik ke? Tak sure la term apa nak guna. Yang penting, rupa dia mesti macam di atas tu)
  2. Goreng ikan bilis sampai garing. Angkat. Tumbuk sampai lumat or separa lumat. Ekot suka korang.
  3. Hiris bawang besar, serai, cili padi (hijau/merah).
  4. Gaulkan la ikan bilis yang dah tumbuk tadi dengan mangga tu, sekali dengan bawang besar, serai dan cili padi.
  5. Tambahkan gula, garam, limau kasturi (cuka pun boleh) secukup rasa.
  6. Tadaaaaaa.... Siap sudah!
Btw, kalau ikan bilis tu nak gantikan dengan kacang tanah okay juga. Goreng dulu dan tumbuk. Pastu gaul. Tambahkan la udang kering yang dah ditumbuk sikit tu sekali untuk tambah rasa. Emmm... Sedapnya!!! Tapi kalau nak lagi sedap, perap la dulu dalam peti ais, biar rasa dia sebati. (^_^*)

Selamat mencuba! 

notadurian: Bila la durian nak musim ni...... (-_-)"

Friday, January 7, 2011

Resepi Mee Maggi (Kisah Adikku dan Megi)

Ini cerita adikku yang kelaparan dan megi......

Petang tadi adik aku sms tanya something..
"Mcm ne nx masak meggi yg kuah ngn tlor? Aq lapo glew ny"
Hahaha... Seyes aku gelak baca sms dia. Adoiiii... Hani.. Hani.. Takkan la nak masak megi letak telur pun nak tanya Along. Huhuhu.

Okeh la. Disebabkan Alongmu ni takde kredit nak reply, resepi disediakan di sini. Simple-simple je.

Ada dua jenis resepi yang nak dishare ni. Satu yang simple and satu lagi yang agak mewah. Haha. Tak beragak kan makan megi pun nak mewah-mewah? Eh, takpelah. Megi pun boleh jadi macam menu kat hotel taw kalau kena cara dia. Dah dah. Jom tengok resepi.

Resepi Maggi 1

Bahan-bahan : Maggi kari 1 paket, telur 1biji, air.

(pix credit to this blog)

1. Didihkan air. Agak-agak la air tu jangan banyak sangat. Kang tawar pulak.
2. Pecahkan telur dalam air yang tengah boiling-boiling tu. Kulit telur sila jangan masukkan ye.
3. Masukkan perencah Maggi Kari. Kacau-kacau.
4. Masukkan mee Maggi tu. Dah masak, letak la dalam mangkuk ke pinggan ke. Ikut suka kau.
5. Siap. (Eh, ni pun nak tulis jugak ke?)

Resepi Maggi 2

(pix credit to this blog)

Bahan-bahan:
Maggi Kari (2 paket), Telur (1biji), Bawang besar (1/2 biji), Bawang putih (2 ulas), Sosej (2 batang), Ayam (ekot suke hati), Udang (2 ekor), Sawi (ekot suke hati), Minyak masak, Air.

1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih yang dah dihiris.
2. Masukkan ayam, udang dan sosej. Kacau.
3. Masukkan batang sawi.
4.Masukkan perencah maggi. Kacau bagi tak berketul. Nak banyak mana ikut suka la.
5. Masukkan air. Pandai-pandai la agak ye. Biar mendidih.
6. Pecahkan telur ke dalam air tu dan kacau-kacau.
7. Masukkan mee Maggi. Biarkan kejap.
8. Masukkan daun sawi tu. Dah siap......

Haa... Tu ada yang berbunyi-bunyi perut dah kan?? Gi la masak megi. Hahaha. Tapi jangan amalkan selalu makan megi tau. Tak baik untuk kesihatan dalam jangka masa yang lama. Setakat seminggu sekali or sebulan dua tiga kali tu okey la. Kalau nak tau keburukan makan megi hari-hari ni, sila tanya Pak Cik Gugel ye.

Selamat mencuba.

notaAlongkepadaHani: Takkan masak megi je kot? Belajar la masak yang lagi havoc-havoc. Senang nanti Along balik umah tak yah nak masak. Goyang punggung and kaki je tunggu orang masakkan. Hahaha. Jangan marah!

Friday, July 9, 2010

Bihun Sup Bebola Ayam

Arini aq nak share resepi Bihun Sup Bebola Ayam. Siang tadi aq buat.. Nak tahu caranya? Meh tengok...


Bahan-bahan:
Bihun -1 paket
Bawang besar - 1 biji (ditumbuk)
Bawang putih - 5 ulas (ditumbuk)
Halia - 3 inci (ditumbuk)
Lada Merah - dihiris
Lada Hijau - dihiris
Cili padi - ikut suka nak letak bape (ditumbuk sedikit)
Sup bunjut - alternatif untuk rempah ratus (lau korang xreti nak agak la)
Serbuk lada hitam
Serbuk lada putih
Asam keping - 1.5cm
Isi ayam / udang
Bebola ayam - suggest jenama Farm Best
Bebola ikan / fish cake -jgn byk sgt, nnt rse hanyir
Sayur sawi / Carrot
Telur - 2biji


Bihun :
Rendamkan bihun dalam air panas. Agak dah lembut sikit tu, masukkan dalam kuali dengan sedikit air panas. Kacau dengan api kecik je. Tambahkan sedikit garam supaya bila bihun tu korang campur dengan sup, dia tak rasa tawar. Tapi, jangan sampai lembik sangat taw bihun tu. Dah sap tu, toskan..


Sup:
1. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia, lada merah, lada hijau & cili padi. Kacau jap. Pastu masukkan isi ayam, bebola ayam, bebola ikan, fishcake dan akhir sekali udang.
2. Tambahkan air. Biarkan air tu panas dulu. Lepas tu, masukkan batang sawi, carrot & sup bunjut.
3. Bila dah betul-betul mendidih, masukkan garam, lada hitam, lada putih, asam keping & serbuk perasa. Guna Pasti Sedap tu pun ok jugak. Kiub pati ayam pun boleh. Semuanya letak secukup rasa ikut tekak korang.
4. Pukul telur yang 2 biji tu. Pastu tuang slow2 sambil senduk tu korang lalukan kat atas kuah tu( buat ikut putaran lawan arah jam). Nanti korang nampak la telur tu halus2 je masuk kat dalam kuah tu..
5. Maukkan daun sawi. Tutup api terus.




Kuahnya....


Dah siap.. Lau korang nak sebatikan bihun tu dengan rasa kuah, korang campurkan la dalam kuali dan masak sikit. Biar kuah tu meresap dalam bihun. Tapi jangan la semua bihun tu korang masukkan dalam periuk kuah bihun sup tu..Kang jadi lembut sangat.. Buat camtu untuk diri sendiri je la.. Kalau rajin...




Yang ni aq masuk dalam kuali untuk sebatikan rasa.. Ni aq sorang makan je taw.. Heheh...


Ok, selamat mencuba.... ;)

Tuesday, July 6, 2010

Ikan Bawal Sweet Sour

Salam.. Selamat tengahari semua.. Hari ni terasa nak share resepi dengan korang lak. Hari ni aq masak Ikan Bawal Sweet Sour (lauk lain sayur lah..). Ni resepi style aq sendirik, so jangan la komplen kalau resepi kita tak sama ye? Hehehe..

Bahan-bahan:
1) Ikan Bawal - 3ekor
2) Bawang besar -2 biji (dipotong dadu)
3) Bawang putih -4 ulas( dipotong dadu)
4) Lada merah & hijau - 4 biji(dipotong dadu)
5) Halia 2inci (hiris)
6)Tomato - 1biji (dipotong dadu)
7) Cili kering (kisar)
8) Sos Cili / Tomato
9) Sos Tiram
10) Tepung Jagung (bancuh dengan sedikit air)

Cara goreng ikan bawal:
Sapukan serbuk kunyit, tepung jagung dan garam ke badan ikan bawal tu.. Sapu rata-rata taw... Pastu goreng pada api sederhana sampai garing...

Cara-cara buat kuahnya:
1. Mula-mula, tumiskan bawang besar, bawang putih, lada merah & hijau, halia..
2. Agak-agak dah naik bau tu, masukkan cili kering yang dah dikisar (agak2 korang la.. nak pedas letak lebih).. Tumis la sampai garing sikit cili keringnya...
3. Masukkan tomato yang dah dipotong dadu tu..
4. Masukkan sos cili, sos tomato  sos tiram secukupnya.. Kacau.. Ingat, api jangan kuat ye..
5. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
6. Masukkan garam, gula  & serbuk perasa (kalau suka la).
7. Biarkan dia menggelegak sikit.. Pastu, masukkan ikan bawal yang dah digoreng mula-mula tadi. Kacau sampai sebati.. Dah siapppp....

Ni dia hasilnya....
Nampak sedap tak? Hehehe

Aq buat sekali jus oren untuk lunch arini.. Panas-panas camni sedap minum jus-jus ni.....


Selamat mencuba.....

HeartBeat