Tenkiu Dear!

Showing posts with label Tag. Show all posts
Showing posts with label Tag. Show all posts

Wednesday, March 16, 2011

4 Sbb Saye Syg Die...

MY BELOVED ABAH & MAMA - at BUKIT TINGGI

Malam-malam ni terasa nak buat entry untuk insan yang paling aku sayang dalam hidup aku. Boleh dikatakan satu pengakuan, boleh juga dikatakan sebagai luahan hati aku yang mungkin selama ni aku tak pernah cakap. Hurm. Amek feeling jap sambil termenung. Hehehe...

Kepada insan tersebut, ini luahan yang ikhlas dari pelusuk hati ni.

Dear Abah & Mama,

1. Tanpa Abah & Mama, tak mungkin Sara akan wujud dalam dunia ni. Terima kasih sebab bagi peluang pada Sara untuk melihat dunia dan merasai suka duka kehidupan. Cantik Bumi ciptaan Allah ni.

2. Abah & Mama terlalu banyak berkorban untuk memberikan kehidupan yang selesa dan pendidikan yang terbaik kepada Sara dan adik-adik. Maaf kerana banyak menyusahkan kalian daripada kecik sampai la besar ni. Walaupun masa tu kewangan Abah & Mama tak berapa baik, tapi bila anaknya ni mintak duit, diusahakan juga untuk bank in. Terima kasih banyak-banyak!

3. Erti kehidupan banyak yang Sara pelajari daripada Abah & Mama. Terlalu banyak suka & duka kita lalui bersama dan semua ni banyak membantu Sara dalam menjadi insan yang matang dan insyaAllah, pandai menilai baik buruk dalam kehidupan. Kekuatan dan kesabaran Abah & Mama dalam mengharungi hidup akan Sara jadikan panduan sentiasa. Terima kasih atas nilai-nilai murni ini.

4. Abah & Mama terlalu sabar dalam menghadapi kerenah Sara. Dari kecik sampai lah besar. Tak habis-habis ada masalah yang ditimbulkan. Nakal kan Sara ni? I'm really sorry for what had happen before. InsyaAllah, Sara akan sentiasa berusaha untuk menjadi anak yang baik, kakak yang baik dan insan yang baik dan berguna untuk semua. Terima kasih atas kesabaran & masa yang diperuntukkan untuk anak-anakmu ini.

Terima kasih untuk segala-galanya.!

Hurm... Nak dilistkan, banyak lagi point dia. Jasa mak ayah kita pada kita tak boleh nak dinilaikan dengan angka kan? 

Nak tau kenapa aku pilih parents aku sebagai insan terpilih tu? Sebabnya, diorang lah yang akan kekal dalam hidup kita dunia akhirat. Keluarga kita. Kalau pilih boyfriend, boleh bersilih ganti. Kawan? Boleh datang dan pergi. Tapi mak ayah kita tetap ada bersama kita walaupun selepas mereka pergi. Kenapa? Tengok nama korang. Bin/Binti nama ayah korang kan? Nanti masa kita dah takde, talkin dibacakan. Nama kita pulak dibin/bintikan dengan nama mak kita kan? See... Nampak tak macam mana Allah cipta silaturrahim yang begitu indah untuk kita sebagai manusia.

MY BELOVED FAMILY - during RAYA 2010

Hargailah ayah dan mak kita selagi mereka masih ada. Kepada korang yang dah kehilangan mak/ayah, berbaktilah kepada mereka dengan perbanyakkan amalan, sedekah dan doa. Itu bekalan mereka di alam barzakh. Ingat lah seburuk mana pun mak ayah kita, mereka tetap insan yang paling layak kita hormati dan sayangi kerana tanpa mereka siapalah kita.

Ha, tengok. Aku dah lupa yang aku ni tengah buat entry untuk contest. Hehe. Actually, takdelah niat nak menang contest ni ke ape. Just contest ni jadi medium untuk aku meluahkan isi hati aku dan melahirkan rasa bersyukur dan terima kasih aku kepada Abah & Mama aku. Nak cakap depan-depan malu, nanti nangis pulak. Oh, cengeng!
Klik gambar ni untuk ke belog tuan punya contest dan baca syarat-syarat penyertaan okeh?

Tenkiu kepada Cik Sab yang comel lote sebab tag aku untuk contest ni. Gi la terjah belog dia yang kiut miut tu. Hehehe.. (Klik kat nama dia tu untuk gi belog dia)

Tuan punya contest ni pulak nama dia Awien. Sweet je tengok die dengan owang kesayangan die tu. Hehehe. Semoga bahagia di dunia dan akhirat ye. (^_^*)

Hurm...Nak tag sape ek? Let me see sape yang kena....





Sekian.....

Monday, June 28, 2010

Aimna Online Store Giveaway

After lunch, bukak blog - ada 1 tag dari Nazawa .. Hoho... Disebabkan Cik Durian ni belom beranak lagi, kawen pun belom, so anak-anak cousinku yang menjadi mangsa untuk gambar mereka ditempek..


Syarat :

1) jadik follower blog ini :


2) tempek banner giveaway di side bar dan entri anda.. link back ke blogini..

3) buat entri berkenaan giveaway ini..link back ke entri ini..

4) tempek gambar baby anda (anak sedara / anak jiran pun boleh)
dalam aksi yang menarik (kalau boleh memakai cloth diapers ya..kalau tak pakai cloth diapers pon takpe...) no editing dan gambar hendaklah jelas ye..

5) tag 5 orang rakan blogger anda dan maklumkan di blog mereka tentang giveaway ni...

******************************************************************************

Ni dia gambo-gambo mereka.. Saje letak lebih (sebab tak mention pun boleh letak 1 je kan.. hehehehe)..


Syarhah (baju pink) cuba nak cekau Satriani (baju purple)..

Nak taw pe jadi pastu?

Syarhah tersenyum gumbira lepas berjaya buat Satriani menangis.. Nakal ye...


Ni pulak Syarhah pujuk bagi kiss kat Lutfi sebab dia dah cekau Lutfi tadi...

Oh, comelnya mereka.... Mmmuaaahhhh kat budak tecik bertiga ni... Hehehehe....

Oke, Cik Durian nak tag mereka ni:







notadurian: Hujan yang turun bagaikan mutiara... Nak tido boley? Hehehe..

HeartBeat