Tenkiu Dear!

Showing posts with label quote. Show all posts
Showing posts with label quote. Show all posts

Saturday, January 22, 2011

FavQuote2

Salam.. Dah berapa hari cuti ni.. So, nak start dengan quote untuk entry kali ni.

"Nothing you wear is more important than your SMILE."
Smile. Senyum. Sama lah kan? Kau cantik macam mana pun, pakai vogue mana pun tapi kalau muka masam mencuka memang nampak buruk lah. Tapi kalau muka kau tak secantik Barbie ataupun secomel Pocoyo, kau senyum dengan ikhlas, memang konfem aku cakap kau sweet, kau ensem, kau comel. Sebab??? Senyuman tu lebih menggambarkan kecantikan peribadi seseorang. Senyuman yang ikhlas, bukan buatan ye.

Aku ada ramai kawan yang aku suka tengok muka diorang. Sebab senyuman diorang. Memang nampak 'jernih' je muka bila senyum. Muka suci bak kata aku. Hehehe. Keep it up guys!

Aku ni pun kadang-kadang bermasalah jugak nak senyum ikhlas ni. Yelah, bila ada problem yang sangat complicated, tak sihat ke. Susah jugak nak senyum. Tapi cuba jugaklah untuk senyum selagi mampu. Sorry kepada orang-orang yang selalu tengok muka aku macam jeruk je. Hehehe. InsyaAllah, aku akan terus senyum dan senyum untuk korang dan opkos untuk diri sendiri. Smile is a good theraphy you know!

Aku percaya pada senyuman melambangkan kecantikan seseorang.
Aku percaya yang senyuman boleh mengubah keadaan.
Aku percaya senyuman boleh mengubat kesedihan seseorang.

Tak percaya? Cubalah senyum dengan ikhlas. Senyum dengan hati yang lapang walaupun kau tengah dilanda pelbagai masalah. Senyum. Senyum. Senyum. Kan comel tuh! Hehehe...

Meh layan lagu Senyum by Najwa ft. Malique.

Hahaha. Aku suka dengan mamat daun tuh. Senyum!
(video from YouTube)

notadurian: Senyum... Tak perlu kata apa-apa. Tapi jangan pulak senyum memanjang je. Kang orang cakap kau gila. Hahaha!

Thursday, December 30, 2010

FavQuote1

William Blake says:

"You never know what is enough unless you know what is more than enough"
Faham tak? Kalo ekot PakCik Gugel punya kamus, maksud dia:

"Anda tidak pernah tahu apa yang cukup kecuali anda tahu apa yang lebih dari cukup."

Tak faham jugak?? Buat-buat faham sudahlah. Hahaha. Yang penting aq paham. Ahaks! Conclusion, bersyukurlah dengan apa yang korang ada ye. Jangan demand sangat sebab apa yang kita mintak tu belum tentu elok untuk kita tapi apa yang kita dapat tu mungkin yang terbaik untuk kita.

So, jom kita ucapkan
"Alhamdulillah..Terima kasih Ya Allah atas nikmat kurniamu kepada hambaMu ini. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Mengetahui atas tiap-tiap sesuatu."


(credit to Google Image)

Tengok gambar di atas.. Untung kita rakyat Malaysia dapat makan macam-macam. So, tak payah la demand sangat nak makan makanan mahal-mahal setiap hari. Rakyat Palestin kat luar tu, makanan jatuh kat tanah pun dia sanggup kutip balik untuk makan. Betapa mereka mengharagai setiap nikmat yang Allah berikan kepada mereka. Kita? Aq? Sama-sama kita renungkan. =)

HeartBeat