Tenkiu Dear!

Tuesday, March 15, 2011

Video Klip Kalau Berpacaran yang Gojes!

Assalamualaikum. Samat petang~

Korang dah tengok video klip Kalau Berpacaran yang fofuler tu? Kalau korang ni pembaca setia Beautiful Nara, konfem la korang dah tengok kan? Unless korang malas nak tunggu loading. Hehehe.

Komen aku pasal video ni, simple tapi superb! Menggambarkan realiti dalam hidup. Tak payah guna props mahal-mahal, gi luar negara ke. Cukup je guna background putih, pastu pinjam mainan buaya kepunyaan adik untuk guna dalam ni. Yang part tambah MSG tu memang lawak la. Hehehehe. I like~

Meh-meh tengok....




Apa tunggu lagi? Play la.. Dengar dan fahami isi yang tersurat dan tersirat dalam lagu ni. Selamat mendengar~

Notadurian: Teringat pulak video klip yang Cikgu Shida buat tu. Hehehhe...

Aku Supergirl!

Minggu ni aku busy sikit la. Nak kena siapkan keje menggunung yang entah bila nak sudahnya. Penat dah panjat gunung tak sampai-sampai ke puncaknya. Huhuhu...

So, arini takde entry menarik sebab aku sangat busy (lah sangat!).

Dah free kang aku balas balik kunjungan korang okeh. Tenkiu kepada semua yang datang Kebun Cik Durian ni. Maaplah takde durian nak hidang sebab belum musim. Hehehe..

Tatatititutu.....

Assalamualaikum..




SUPERGIRL~!!!!

Notadurian: Comel tak budak tecik ni? Nama dia Deeja. My cousin. Dia sangat tomey worr. Dah macam model.

Sunday, March 13, 2011

Resepi Nasi Goreng Kampung Yummy!

Assalamualaikum...

Tengah lapo-lapo ni, memang terbaiklah post resepi kan.. Kali ni nak share resepi nasi goreng kampung yang sangat yummy, lagi-lagi kalau buat pedas-pedas...Waaaa, memang meleleh la air liur tengok. Peluh pun ngalir juga sebab pedas. Hahaha..

Cekidaut gambar yang aku amek lepas buat nasi goreng kampung ni...

Ni gambar close up. Abaikan kualiti gambar tersebut. (^_^*)

Meh-meh. Kita belajar masak.

BAHAN-BAHAN:
1biji bawang merah (saiz sederhana)
4 biji bawang putih
12 tangkai cili padi (hijau)
ikan bilis (dibelah dua & goreng garing)
fishcake (ikut suka banyak mana)
sayur kangkung
ayam (dihiris nipis)
1 biji telur
nasi putih (1/2 periuk nasi standard)

CARA-CARA:

1. Tumis bawang besar, bawang putih & cili padi yang dah ditumbuk tu. Guna minyak yang goreng ikan bilis tadi okeh. Baru ada rasa bilis tu.

2. Masukkan ayam dan fiscake. Kacau-kacau sampai ayam masak.

3. Masukkan sayur kangkung. Kangkung ni dia bagi rasa taw kat nasi goreng tu. Tu yang boleh jadi sodap. Hehehe.

4. Masukkan telur, kacau-kacau. Then, letak la garam secukup rasa. Kalau nak letak ajinamoto atau kiub ayam/ikan bilis pun boleh. Terpulang pada selera korang.

5. Masukkan nasi putih. Gaul sebati dengan bahan-bahan tadi. Masa ni besarkan sikit api untuk dapatkan nasi yang sedikit garing. Tapi kena pandai kawal taw. Buat ala-ala kedai masak pakai api besar tu. Muahahaha. Jangan lupa sediakan pemadam api sebagai langkah berjaga-jaga. (^_^*)

6. Masukkan ikan bilis yang dah siap-siap digoreng tu. Siap suda~~


Apa lagi, jom la ngap! Hahahha. Ada yang tengah telan air liur tu.. Ayokkkk! Tak tau...

Hidangan di rumah sewaku.
Pstttt... Kalo nak lagi sedap, buat la bawang goreng. Pastu hiris cili merah. Sebagai hiasan dan untuk dimakan. Nyummm3!

Warnakan Hidup Anda Dengan...... dotdotdot

There are horrible people who, instead of solving a problem, tangle it up and make it harder to solve for anyone who wants to deal with it. Whoever does not know how to hit the nail on the head should be asked not to hit it at all.

by Friedrich Nietzsche

Faham ke apa yang dimaksudkan dengan quote di atas?

Kalo ekot PakCik Gugel punya kamus, dia cakap:

Ada orang mengerikan yang, alih-alih menyelesaikan masalah, kusut itu dan membuat lebih sukar untuk menyelesaikan bagi siapa saja yang ingin menghadapinya. Sesiapa yang tidak tahu bagaimana memukul kuku di kepala harus diminta untuk tidak memukul sama sekali.

Hahaha..Konfem pening kan?? Hehe.. Aku pun pening dengan bahasa Pak Cik Gugel ni. Entah mana dia belajar translate macam ni. Seyes klakor. Gagagaga.

Nak aku explain ke? Tak yah lah kot. Korang kan terer English. Lagipun, setiap orang mempunyai pemahaman yang berbeza. So, terpulang pada korang nak translate macam PakCik Gugel ke ape. Hehehe.

Picture taken from http://paultheking.wordpress.com/2010/12/05/you-create-your-own-value/

Aku just nak share quote of the day je. Aku suka jadikan quote sebagai kata-kata perangsang yang bagi semangat kat aku untuk menjalani hidup. Hidup kan banyak dugaan. Kita yang mencorakkan hidup kita dan dibantu juga dengan tukang corak yang lain. Corak kita semua berbeza. So, bertolak ansur lah dalam mencorakkan hidup kita semua ya. Jangan menconteng corak yang dah dihasilkan orang, nanti corak kita pun boleh terpalit sama. Hehehe. Merepek sudah... Aku pun tak faham. Corak, corak, corak. Apa tu???

Have a nice day semua!

Notadurian: Tajuk ada kena mengena dengan isi ke? Hahaha.. Tak tau... Tak tau... Tapi yang aku tau, kaler kulit durian tak sama dengan kaler isi durian...Emmm...Ngidam lagi! Isyhh...

Saturday, March 12, 2011

Photoshoot Di Pagi Hari

Assalamualaikum...

Lokasi: Rumah Sewa

Tema: Sinaran Mentari

Pakaian: My Wardrobe

Model: Cik Durian

Pada suatu pagi yang dingin, sang mentari mula menampakkan cahayanya, memanaskan tubuh yang dicengkam kesejukan lantaran cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini. Cahaya mentari itu sungguh indah tetapi menyilaukan mata sesiapa yang cuba memandangnya.

Tu lah al-kisahnya mana aku dapat idea nak buat tema Sinaran Mentari.

Photoshoot begins...

Pose!

Snap!

Smile!

Snap!

Frown!

Snap!

Wahaha. Gotcha!Tengok tajuk je mesti korang dah bayang photoshoot glamer-glamer tu kan? Yang pakai DSLR canggih-canggih, shoot kat studio atau outdoor... Hahaha. Opkos tidak lah! Aku mana la ada DSLR.. Abah aku ada la. Lagipun takde sape nak amek gambar aku. Hahaha.Cian...

Ni aku amek dengan penuh PERASAN before pergi breakfast di Impiana. Hajat di hati nak makan nasi lemak bersama ayam goreng tapi dah abis. Huwaaaa.... Kempunan! Terpaksalah merelakan perutku diisi dengan roti kosong. Haha. Tapi sedap jugak taw. Peberet...

Meh tengok gambar-gambar yang berjaya aku amek dengan penuh PERASAN MODEL pagi tadi. Amek pakai kamera henpon je pun. Muahahahaha.... Pssstttt! Passttt..!!!Sila kondem dalam hati je ye. (^_^*)


Sekian. Trimas! Hehehe...

HeartBeat