Tenkiu Dear!

Wednesday, January 5, 2011

Need A Break!

Aku perlukan rehat daripada memikirkan semua ni. Tolonglah jangan buat aku fikir benda-benda yang tak sepatutnya. Aku sangat PENAT!

Terima kasih kepada orang-orang yang dah buat aku happy. Don't worry, korang sangat aku hargai! Orang berbuat baik kepada kita, so kita kenalah balas dengan kebaikan jugak kan? Thank you beri-beri much for everything~

Simone Schwarz-Bart once said:
"Every day you must arise and say to your heart, I have suffered enough and now I must live because the light of the sun must not be wasted, it must not be lost without an eye to appreciate it."
Bestnya tengok baby ni senyum... U make me smile too darling! (^__^)
(credit to this site)

Tuesday, January 4, 2011

S.A.H.A.B.A.T.

Seseorang yang faham erti persahabatan tidak akan menyalahkan sahabatnya malah dia sentiasa menyokong.

Seseorang yang faham erti persahabatan akan sentiasa cuba memahami sahabatnya sebaik mungkin.

Seseorang yang faham erti persahabatan tidak akan mendedahkan keburukan sahabatnya.

Seseorang yang faham erti persahabatan akan sentiasa cuba membantu sahabatnya dalam senang dan susah.

Seseorang yang faham erti persahabatan tidak akan bersifat talam dua muka.

And the list goes on!


(image credit to this blog)
Adakah kita seorang sahabat yang baik? Adakah aku seorang sahabat yang baik?

Jom tengok cermin. *pandang muka sendiri kat cermin* Eh! Amazing la kesan EPO ni. Kulit muka aku dah bertambah baik. Hoho..

Eh kau sara! Melalut pulak. Cetttt! Okeh, dah tengok cermin semua?? Kalau dah, tahniah! Sebab korang dah kena buli dengan aku. Hahahahaha. Tak payah la nak gi tengok cermin tu pun kalau nak tau kau tu sahabat yang baik ke tak. Bukannya cermin kau tu macam cermin dalam cerita Snow White. LOLZ!

"Mirror mirror on the wall... Who is the true good friend of all??"

Kalau la cermin tu jawab, konfem korang pengsan! Kui3...

Nak tau korang ni sahabat yang baik ke tak? Kawan yang baik ke tak? BFF ke?? (BladiFulFren - bladiful tu perkataan aku reka sendiri ye. Makna dia? Aku pun tatau. Ahaks!)

Korag kena la buat analisis sendiri. Senaraikan sahabat-sahabat yang korang rasa baik dengan korang. Kira kamceng, ngam segala bagai la. Yang selalu tido sebantal seselimut setilam sekatil. (Kalau lelaki, jangan pulak kau gi buat hal tido sebantal ye!). Then, pick sorang sahabat korang tu. Korang ingat-ingat lah balik sepanjang korang berkawan, apa kebaikan korang dah buat pada dia, apa dajal yang korang dah buat kat dia. Haa!! Part buat dajal tu jangan pulak korang skip ye. Bukan main lagi nak skip-skip. Kang aku suruh korang skipping 5 hari 6 malam non stop. Maww??

Okeh, sambung balik. Hurm... Bila dah fikir-fikir tu, listkan apa tindakan korang nak buat. Kalau nak happykan dia, plan lah apa-apa yang korang rasa best. Surprise ke. Dating-dating ke. Ahaks! Tapi kalau korang ada buat salah ke apa, belajarlah untuk minta maaf. Kalau malu nak mengaku kesalahan tu depan-depan, call la. Tak pun sms. Tapi yang terbaik is muka-ngadap-muka a.k.a face-to-face.

Buat lah macam kat atas tu kat setiap sahabat korang. Tanam ni dalam kepala.

"Kalau aku nak jadi seorang kawan yang baik, aku mesti buat kawan-kawan aku happy dengan aku!"

Tanam taw. Jangan lupa siram dan buh baja. Kang layu pulak. Hehehe.

So, aku nak ucapkan kat korang HAPPY FRIENDSHIP DAY!! Hahaha. Ye ke arini frenship day?? Seyes aku tak tau pun tarikh sebenor dia. Hehe.. Pada aku, setiap hari adalah frenship day and hari yang special untuk kawan-kawan aku ni ialah masa hari besday diorang. Ucapan "HAPPY BESDAY", "SELAMAT HARI JADIAN", "HEPY BORNDAY" sume tu dah cukup boleh buat kawan-kawan kita tersenyum kan? (Psssttt pssttt! Lagi tersenyum kalau dapat present. Kan kan kan???) *senyum ada makna* Isyhhh!


(credit to zingerbug.com)

notadurian: Kepada pren-pren aku yang baca entry ni tu, jangan pulak pasni korang claim hadiah besday memahal kat aku. Tak mampu den! Hahahaha...

notadurianlagi: Sekali lagi aku berjaya melalut kat blog ni. Ahaks! Mula-mula nak tulis lain, last-last melalut lain. Hahaha. Eh, takpelah kan? Blog aku. *gelak jahat*

Monday, January 3, 2011

Tahukah Kamu?

TAHUKAH KAMU???


Tahukah kamu?

Bahawa aku lebih tahu apa yang berlaku lebih daripada apa yang kamu jangkakan?



Tahukah kamu?

Bahawa aku lebih faham tentang perkara itu lebih daripada yang kamu tahu?



Tahukah kamu?

Bahawa aku terlebih dahulu mengambil langkah berjaga-jaga sebelum kamu menindasku?



Tahukah kamu?

Bahawa aku sangat tahu apa yang sedang berlaku.



Tahukah kamu?

Bahawa aku sedang merepek di malam hari?? Hahahaa. Kesian korang penat baca. Lalala. Jangan marah ye. Nanti cepat kerepot! Kwang3...


Saturday, January 1, 2011

Luahanku KepadaMu

"Cheerfulness is the best promoter of health and is as friendly to the mind as to the body."

Salam. First day of 2011, everyone should be happy! Macam-macam kan plan yang korang dah ada? Teruskan berusaha dan semoga berjaya!

Untuk aq pulak, i want to stay being cheerful! Wajib! Aq dapat rasakan bila kita hepy, masalah pun tak dapat bagi kesan kat kita. Badan sihat, otak pun cerdas! (eh, mana aq dengar ayat ni ek? Lupo..)

"stay CHEERFUL! stay HAPPY! stay STRONG! stay HARDWORKING! stay PATIENT! stay SHINE! stay HEALTHY! stay TUNE!"
Hahaha.. Okeh! yang stay TUNE tu memain je. Hik3! Semoga tahun ini memberi kita kesempatan untuk memperbaiki apa yang kurang dan mempertingkatkan apa yang ada.

Jom sama-sama kita berdoa...
"Ya Allah Ya Tuhanku. Sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Ampunilah dosa hambaMu ini Ya Allah. Ampunilah juga dosa kedua ibu bapaku. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku ketika aku kecil. Ampunilah juga dosa adik beradikku, kaum keluargaku, sahabat-sahabatku, guru-guruku, orang yang berbuat baik kepadaku, orang-orang yang menyayangiku dan orang-orang yang aku sayangi dan juga semua orang mukmin baik yang masih hidup mahupun yang telag meninggal dunia..
Ya Allah, Ampunilah dosa insan yang aku sayangi (MAAJ), ampunilah dosa arwah ayahnya, dosa ibunya dan dosa adik beradiknya.
Ya Allah Ya Tuhanku. Kau berikanlah kami kesihatan yang baik, umur yang panjang dan akal fikiran yang cerdas. Kau kurniakanlah kami rezeki yang halal lagi berkat. Kau perbanyakkanlah rezeki kami Ya Allah. Lindungilah kami sebaik-baik perlindungan dan Kau permudahkanlah segala urusan kami. Ya Allah, Kau tunjukkanlah kami jalan yang benar, lindungilah kami daripada melakukan perkara-perkara yang Engkau tidak redhai.
Ya Tuhanku Yang Maha Mulia dan Maha Sempurna. Kau berikanlah kami kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat. Kau bantulah kami untuk mencapai cita-cita dan impian kami. Kau berikanlah kami petunjuk akan jalan yang terbaik untuk kami.
Ya Tuhanku Yang Maha Suci, Kau peliharalah hubungan aku dan dia dunia dan akhirat. Kau bantulah kami untuk menjalani dugaan-dugaan yang tidak terjangka dalam hubungan kami, Kau berikanlah kami kekuatan dan kesabaranMu Ya Allah. Kau berikanlah kami kebahagiaan yang berkekalan, dunia dan akhirat.
 Ya Allah Ya Allah Yang Maha Besar lagi Maha Penyayang. Aku tahu sesungguhnya Engkau malu untuk tidak mengabulkan doa dan permintaan hambaMu yang menadah tangan memohon kepadaMu. Maka Ya Allah Tuhan Yang Maha Agung, kabulkanlah permintaan hambaMu yang lemah ini. Tiada manusia yang lebih memahamiku dan sanggup mendengar rintihanku melainkan Kau kerana Engkau adalah Tuhan Yang Maha Mendengar dan Maha Pengasih.
Berdoalah sebanyak mana yang kita mahu. Allah tidak tetapkan limit pun untuk kita meminta kepadaNya. Walaupun kita ni tak baik mana pun, tapi Dia saja yang faham kita melebihi manusia lain termasuklah ibu bapa kita. Bila sedih, kita cari Dia. Jadi, bila gembira pun, kita mesti cari Dia juga. Ucapkan syukur atas setiap nikmat yang Dia bagi kepada kita.

Aq sendiri selalu alpa dalam mengucapkan syukur apabila diberikan nikmat hidup. Semoga kedatangan Awal Muharram yang lalu membawa banyak perubahan positif dalam diri aq. Aq tak malu nak mengaku aq bukan hambaNya yang baik sebab manusia ni takde lah sempurna mana. Usaha ke arah kebaikan dan jalan yang Dia redhai itu yang perlu kita lakukan. Semoga kita semua dapat menjadi hambaNya yang baik dan taat kepada perintahNya. Aq sedang berusaha ke arah itu.

Cukuplah apa yang dah terluah hari ini. Aq doakan kita semua hepy selalu dan sentiasa dirahmatiNya.

notadurian: Doa di atas doa yang aq selalu buat. Kalau korang nak tambah apa yang patut, lagi digalakkan. Btw, MAAJ tu nama seseorang. Tak perlulah aq sebut siapa. Biar aq je yang tahu. (^__^)

Friday, December 31, 2010

BreakingFree!

Salam..

Arini dah 31 Dec kan. Cepatnya masa berlalu. Tahun ni banyak meninggalkan kenangan untuk aq. Yang best, yang tak best semua ada. Complete package la bak kata Mak Senah. Hehe.

Apa pun, semua tu aq jadikan pengajaran untuk melalui kehidupan yang lebih baik untuk tahun-tahun seterusnya. InsyaAllah... AMIN..

Azam baru? Ada la beberapa tapi biar aq simpan sorang-sorang je. Tak suka orang perlekehkan bila kita nak berubah ke arah kebaikan. Yang bagi semangat, terima kasih beri-beri much ye! Yang tau perli je tu, tengok cermin please! Lau takde cermin, kat Jusco banyak. Tak pun Mydin. Hahaha!

Oklah, im going to be off after this. Nak pergi somewhere. Hope dapat happy-happy je. Semoga semua urusan dipermudahkan dan sentiasa di bawah lindungan-Nya. AMIN...

Have a nice day semua =)

Nak senyum macam ni sampai bila-bila..

HeartBeat