Tenkiu Dear!

Friday, July 9, 2010

Bihun Sup Bebola Ayam

Arini aq nak share resepi Bihun Sup Bebola Ayam. Siang tadi aq buat.. Nak tahu caranya? Meh tengok...


Bahan-bahan:
Bihun -1 paket
Bawang besar - 1 biji (ditumbuk)
Bawang putih - 5 ulas (ditumbuk)
Halia - 3 inci (ditumbuk)
Lada Merah - dihiris
Lada Hijau - dihiris
Cili padi - ikut suka nak letak bape (ditumbuk sedikit)
Sup bunjut - alternatif untuk rempah ratus (lau korang xreti nak agak la)
Serbuk lada hitam
Serbuk lada putih
Asam keping - 1.5cm
Isi ayam / udang
Bebola ayam - suggest jenama Farm Best
Bebola ikan / fish cake -jgn byk sgt, nnt rse hanyir
Sayur sawi / Carrot
Telur - 2biji


Bihun :
Rendamkan bihun dalam air panas. Agak dah lembut sikit tu, masukkan dalam kuali dengan sedikit air panas. Kacau dengan api kecik je. Tambahkan sedikit garam supaya bila bihun tu korang campur dengan sup, dia tak rasa tawar. Tapi, jangan sampai lembik sangat taw bihun tu. Dah sap tu, toskan..


Sup:
1. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia, lada merah, lada hijau & cili padi. Kacau jap. Pastu masukkan isi ayam, bebola ayam, bebola ikan, fishcake dan akhir sekali udang.
2. Tambahkan air. Biarkan air tu panas dulu. Lepas tu, masukkan batang sawi, carrot & sup bunjut.
3. Bila dah betul-betul mendidih, masukkan garam, lada hitam, lada putih, asam keping & serbuk perasa. Guna Pasti Sedap tu pun ok jugak. Kiub pati ayam pun boleh. Semuanya letak secukup rasa ikut tekak korang.
4. Pukul telur yang 2 biji tu. Pastu tuang slow2 sambil senduk tu korang lalukan kat atas kuah tu( buat ikut putaran lawan arah jam). Nanti korang nampak la telur tu halus2 je masuk kat dalam kuah tu..
5. Maukkan daun sawi. Tutup api terus.




Kuahnya....


Dah siap.. Lau korang nak sebatikan bihun tu dengan rasa kuah, korang campurkan la dalam kuali dan masak sikit. Biar kuah tu meresap dalam bihun. Tapi jangan la semua bihun tu korang masukkan dalam periuk kuah bihun sup tu..Kang jadi lembut sangat.. Buat camtu untuk diri sendiri je la.. Kalau rajin...




Yang ni aq masuk dalam kuali untuk sebatikan rasa.. Ni aq sorang makan je taw.. Heheh...


Ok, selamat mencuba.... ;)

Weee~~ Kembali Ceria ;)

Salam semua... Rasa macam lama tak apdet blog ni.. Incik Labah2 dah mula nak carik port buat sarang tu.. Shoohh!!! Nyah kamoooo.....!!

Dah tengok tajuk entry kan? Yup, alhamdulillah aq dah kembali ceria lepas beberapa hari down, down, down (nyanyi cket mcm lagu jay sean tuh..) Tenkiu kepada yang dah bagi semangat kat aq. Korang memang terbaik~~!! Just aq harap, aq tak kembali sedih lagi. Penat taw sedih2 ni even dalam sejam pun. Korang mesti faham kan camne rasanya? Kalau dah beberapa hari, mesti lagi seksa...

Syukur sangat2 aq boleh ceriakan diri aq balik.. Banyak yang aq belajar dari kesedihan ni. Belajar untuk jadi lebih positif, tabah, tenang dan pemaaf.. So, kat situ masih ada hikmahNya kan?

Ok, malam ni aq nak balas dendam buat entry lebih sikit. And of coz, berjalan ke blog korang.. Rindunye dengan blogwalking.. Hehe.. So, wait for me.. I'll be right in front of ur door.. ;)


picture taken from here

notadurian: Esok aq dah balik semula ke melaka. Isnin dah start kuliah lorr.. Tapi insyaAllah blog ni tetap akan diapdet sekurang-kurangnya sekali sehari.. Aq cuba.. ;)

Thursday, July 8, 2010

Entry Emo :(

(tulisan sengaja diblurkan.. kalau rajin nak baca, pandai2 lah ek.. huhu)

Sedih kan bile orang tak faham perasaan kita? Sedih kan bila orang tak tahu nak hargai apa yang kita buat?? Sangat-sangat menyedihkan!!! Arghhhhh...!! Benci betol bila ada perasaan macam ni.. Takpelah sarah... Sabar banyak2... InsyaAllah, Allah akan balas dengan 1000 kebaikan.. Biar arini ko bersedih, tapi akan datang, ko jadi hepy.. Ko dapat apa yang ko nak.. Cuma perlu ada kesabaran yang tinggi dan berserah kepadaNya..

Dah berapa tahun, camni je la.. Takde yang lain.. Sakit dalam hati ni takde sape yang tahu.. Biarlah aq simpan sorang2.. Tulis ni pun nak lepaskan tekanan semua beban yang ada ni.. Abaikan je la ye... Korang tanya pun aq tak tahu nak jawab apa..

Haih..  Aq takde mood nak buat apa-apa lately.. Sorylah nanti aq gi blog korang ye.. Doakan aq diberi ketenangan, kebahagiaan & kejayaan dunia akhirat.. Amin... :)

notadurian: Hargailah seseorang selagi dia masih ada kerana hari esok belum tentu dapat bersua lagi.. Masa tu, menangis air mata darah pun tak guna...

Wednesday, July 7, 2010

My Lovely Bff~~

Belakang dari kiri : Rasyida, Majidah
Depan dari kiri : Rahimah, Sarah (me)

30 Jun aritu, bff aq datang umah. Hepy sangat..!! Ye la, lama tak jumpa diorang.. Bape tahun entah.. Diorang ni bff aq masa zaman sekolah menengah. Selalu berempat ke mana-mana. Kadang-kadang ada gak aq tak dapat join aktiviti diorang.

Seyes tak sangka dapat jumpa diorang. Plan ni jadi bila Imah sms aq wish birthday. Masa tu Incik Ribena tengah drive nak bawak gi tempat 'surprise' dia la. (Surprise terkantoi bila dah nak sampai tempat tu.. Hehe.. Sorry awk!) Aq pun layan sms dengan Imah ni sebab boring tak tahu ke mana dia nak bawak aq masa tu. Huhuh. Then, Imah cakap la the next day dia nak turun Kota and dia ajak sekali Majidah join jumpa kat rumah aq. Unfortunately, Syida tak dapat la join sebab dia dah pindah nun jauh kat Perak tu. Rasa macam tak lengkap je. Tapi takpe lah.. Next time buat plan hang out kat mana-mana berempat  pulak.

It was really fun kat rumah aq masa tu. Macam-macam cerita keluar. Lama tak jumpa lah katakan. But mostly cerita pasal study la.. Budak U kan...Takkan citer pasal keje menimbun lak.. Tapi Imah dah abis belajar. Dok tanam anggur kat umah tu. Syida lak kerja buat roti (diorang cakap la..). Aq try jugak call Syida masa tu tapi tak angkat.. Dia bz adun doh roti kot. Hehe.. Rindu la kat ko Syida..

Btw, tenkiu sangat2 ye kawan2ku.. Sebab sudi datang rumah aq. Takde pizza nak hidangkan. Hehehe.. Len kali datang lagi ye.. Tak pun datang Melaka.. Kita hang out puas-puas. Miss u guys a lot..!! Sayang korang...!!

Jom layan gambar kitorang masa kat rumah aq...

Makanan untuk diorang (ni dah dibantai ye..)


Aq siap gi pkai tudung & sweater semata-mata untuk bergambar.. ;P


Sayang korang.... <3


Cik Majidah yang pemalu dengan Cik Imah....


Senyum-senyum....


Mereka lagi...


Oke, ni diorang dah nak balik....

notadurian: Syida..!! Pasni ko lak buat plan.. Hehehehe...

Tenkiu..!!!

Tenkiu sangat-sangat kepada yang dah visit blog ni.. Maseh ye.. Aq dah berjaya membalas kunjungan korang selama 3jam.. Fuhh!! Lotih jari ni.. Yang baru visit tu, esok ye aq gi blog korang. Masa untuk berhibernasi.. Selamat malam semua.. Cayang korang..!!



notadurian: mahu durian lagi.....

HeartBeat