Tenkiu Dear!

Friday, January 28, 2011

Blogwalking Palsu @ AutoBlogwalking

Assalamualaikum.

Hurm. Makin lama makin mengecewakan! Semua ni gara-gara blogwalking palsu ataupun dikenali sebagai AutoBlogwalking. Tak faham la kenapa blogwalking pun perlu guna auto. Perlu ke? Kalau anda ikhlas menjadi blogger dan ikhlas berkawan sesama blogger, you won't do it! Right? Blogwalking ni banyak kebaikannya if kita buat sendiri, takde guna aplikasi-aplikasi lain. Aku tak nak lah sebut apa dan kat mana boleh dapat aplikasi-aplikasi tu. Korang mesti lagi terer cari kan?

(credit picture to wavewsa.blogspot.com - see here)


Aku pernah la cuba register satu aplikasi autoBW ni. Nak tengok macam mana dia beroperasi. Kita kena isi link apa kita nak buat autoBW tu, then benda tu akan send message kita kat shoutbox. So, orang akan nampak macam betul-betul la orang tu datang blog kita padahal tak pun. Kesian lah pada blogger yang ingat kau tu ikhlas datang sendiri jenguk-jenguk blog dia, then dia visit pulak kau punya blog sebagai tanda terima kasih dan persahabatan antara blogger. Kau dapat trafik. Kau happy ke? Sedangkan kau takde bersusah payah spend berjam-jam nak visit blog kawan-kawan blogger.

Hint nak tau orang tu guna autoBW ialah kalau tengok message yang dia tinggalkan kat shoutbox tu langsung tak friendly and dok promote entry dia without friendly introduction. Friendly introduction yang baik ialah kita mention nama blogger or kita komen blog dia sikit, yang mana memperlihatkan yang kita betul-betul visit blog dia. Bukan just promote your entry. That's is so not friendly my dear.. Nak contoh friendly introduction??? Ha, camni. Contohlah korang visit blog ni. Trademark aku is durian. Layout aku kalerh ijau biru. Post memang macam-macam lah. So, ayat dia should look like this (tak wajib ye, contoh je sayang oii)
"hi cik durian..BW here"
"hijau biru, nice! jom la visit blog saya" 
Dan sebagainya. Kat atas tu contoh je ye. Bukan aku suruh korang puji-puji blog aku ke apa. Haha. Btw, korang boleh tinggalkan link untuk entry or blog korang. Tak letak link pun takpe sebab kat shoutbox tu memang ada form yang kena isi url blog kan? So, para blogger tahu la mana nak cari korang. But, remember! Be nice people. Be friendly. Appreciate your friend, appreciate your visitor. Kadang-kadang aku tak dapat jugak detect yang guna autoBW ni sebab manipulasi penggunaan ayat. Nampak macam dia datang jenguk, tapi tak. Whateverlah! But i do appreciate my REAL visitors. My friends. Aku akan pergi blog korang. Jenguk-jenguk, baca-baca entry. Tapi nak leave komen tu takdelah sebab kekurangan masa, plus dengan loading page yang slow, memang tak dapatlah den nak nolong. But, if i'm really interested in your entry, i'll leave a comment. Depends okay? Yang aku tak leave komen pun, aku interested jugak juz masalah connection sangat menganggu niatku!

AutoBW pun ada kebaikannya but more kepada keburukan. People is being cheated! Yang tahu tu takpelah. Kena pada yang tak tahu, kesian weh. Huhuhu. Korang yang baca ni konfem la blogger yang baik-baik kan? Yang nice and friendly kan? Kalau tak, takdelah korang baca entry ni. Hehehe.

Thanks a million kepada yang betul-betul visit my blog. Aku sangat appreciate! If ada yang terlepas pandang, tak leave message kat shoutbox, so sorry! Kadang-kadang tu dah datang blog, baca-baca entry tapi last-last lupa nak tinggal jejak. Sorry eh! My bad... Yelah, aku blogwalking ni bukak banyak-banyak blog. Tu yang ada terlepas pandang. Anyhow, i love being a blogger sebab dapat share banyak benda macam knowledge, facts, etc. Plus, FRINDSHIP! I do love it. Even tak berjumpa, kita boleh borak-borak macam dah lama kenal. Heheheh. The power of blog!

Okay. Ni ada link kepada blog yang ada buat entry pasal autoBW ni. Aku just letak beberapa je. Just untuk share this dengan kawan-kawan yang tak tahu apa autoBW ni. Lepas ni, korang dah boleh beza kan? Tapi jangan pulak pergi buat. Tak baik taw.... Korang semua kan baik-baik.. Hehehehe.. Sila klik pada nama-nama tu untuk ke blog diorang.





Kepada blogger-blogger yang aku letak link ni, thanks for the info dan pendapat. I totally agree with all of you. Autoblogwalking menjejaskan imej seorang blogger dan melanggar etika blogger yang baik. Kan?

Tata korang. Esok dah nak balik kampung. Cuti seminggu. Tak tau lah dapat online ke tak sebab broadband tak mencukupi kat rumah. Kat rumah sewa pakai streamyx. Huhuhu.

notadurian1: Mengidam nak makan durian. Hurm......

notadurian2: Don't worry, aku tak marah kat korang yang buat AutoBW kat blog aku ni. Seyes tak, just kecewa sedikit. Masing-masing ada hak untuk buat apa yang dimahukan kan? Be nice.

Thursday, January 27, 2011

Salam Untuk Kekasih - NADIA






Di sebalik kalbu
Yang semakin layu
Terbenam rasa rindu
Terkunci suara hati
Tiada siapa tahu


Dimanakah kasih
Tak seperti dulu
Kata kau sayangkan ku
Benarkah itu


Walau kehadiranku hanyalah sementara
Bukan salahmu sayang kira kau jatuh cinta
Akan ku pergi jauh takkan kembali
Salam maaf permisi
Ku undur diri


Kini ku bersara
Dengan langkah baru
Menyisi luka ini
Kekasih... sekeras aku
Terhiris kerna kamu


Ku tinggalkan cinta
Kisah yang berlalu
Kisah kenangan kita
Hanya kau tahu


Walau kehadiranmu bagaikan menghiasi
Bukan caraku sayang harap engkau mengerti
Pemergianku ini tak ku relai
Salam maaf permisi
Ku undur diri

notadurian: maybe it is time...

Wednesday, January 26, 2011

Takde Tajuk

Lebih baik tak tau daripada tau. 
Tapi biar tau daripada tak tau. 
Supaya kita tak berterusan ditipu 
Oleh permainan yang dicipta.
Hidup ini hanya sementara.
Bergembiralah!
Teruskan.
Jika tersungkur
Fikirlah
Apa perilakumu
Apa dosamu
Apa khilafmu
Jangan sombong
Jangan bongkak
Jangan takbur
Hidup ini hanya sementara
Duniawi semata-mata
Sekarang kau gembira
Esok kau berduka
Berhati-hatilah
Dia memburumu!
Apa yang kau lihat itu sempurna
Hakikatnya serba kekurangan
Jangan terperdaya
Kerana itu luaran sahaja!

Tuesday, January 25, 2011

Tak Seindah Mimpi

Aku berfikir
Aku bertanya
Hidupku 5 tahun akan datang
Hidupku 10 tahun akan datang
Adakah aku boleh bertahan?
Kuatkah aku?
Sabarkah aku?
Menghadapi kerenah hidup
Dugaan hidup
Aku mahu berputus asa
Tapi sabar itu menghalangku
Aku mahu menyerah
Tapi kekuatan itu mengatasi
Sampai bila?
Tanpa sokongan
Tanpa dorongan
Mampukah aku?

Sunday, January 23, 2011

Maruah dan Blog

Assalamualaikum. Petang-petang ahad nih memang sedap sangat lah kalau tidur. Hahaha. Qada' tidur yang tak cukup seminggu. Aku dah qada' tadi. Tapi tu pun sebab kepala pening. Ingatkan nak tido lama sikit tapi sebab cuaca dah makin panas macam tak best pulak. Nanti makin pening. So, bangun dan solat.

Okeh. Petang ni nak cakap pasal isu MARUAH & BLOG. Apa kaitan maruah dan blog?

Kucing pun bergaduh tapi gaduh-gaduh manja je. Hehehe
(picture from here)


Aku terasa nak menulis tentang isu ni sebab bila buat blogwalking, aku nampak banyak blog yang tidak menjaga maruah orang lain terutama dalam isu meluahkan rasa tidak puas hati. Kenapa aku cakap macam tu? Yelah, terang-terang kau bagitau siapa orangnya, apa FB dia dan sebagainya. Yang buat ni bukan budak-budak sekolah je yang memang terkenal dengan sifat mudah melenting, gaduh pasal bf, gf, tapi orang dah dewasa pun buat. Tolonglah. Kau dah dewasa. Tunjuk contoh yang baik kepada yang muda-muda.

 Ye, aku tau blog tu kau punya, suka hati kau nak tulis apa kan? Jawapan standard kalau ditegur. Tapi kalau ye pun, jangan mendedahkan aib orang walau teruk macam mana pun orang tu buat kat kau. Kau kena sabar, kau kena yakin dengan kuasa Allah. Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Aku pun tau kalau kita menulis kat blog ni, luah apa yang terpendam, memang kita akan rasa puas hati, lega sangat! Tapi janganlah pergi dedahkan identiti orang tersebut. Tak baik tau. Kalau kita menjaga aib orang, Allah akan menjaga aib kita. Kita ni pun manusia biasa. Ada buat silap kan? Nak ke Allah dedahkan aib-aib kita tu? Tak nak kan? Nanti kita juga yang malu.

Aku menulis ni tak tujukan pada sesiapa pun sebab aku takde jadi mangsa blog-blog tersebut. Sekadar mengingatkan sesama blogger, sesama manusia. Aku juga tak lari daripada membuat kesilapan. Aku juga banyak tak puas hati dengan orang. Tapi aku tahu kepentingan kita menjaga aib orang. Sebab itu Allah kurniakan kita sifat sabar. Sabar itu cantik wahai sayang-sayang sekalian. Sabar itu indah. Sabar itu dapat jadikan kau manusia yang lebih tabah dan kuat. Jadi manusia pemaaf. Tengok... Berapa banyak sifat lain akan kau dapat bila kau sabar. Tak rugi kan bila kita sabar. Allah ni Maha Adil. Dia takkan biarkan hambaNya yang sabar dianiaya oleh hamba-hambaNya yang lain.

Nak sabar itu memang sangat perit. Sangat seksa. Tapi kau kena tanamkan dalam diri, dalam hati, dalam minda, kau boleh buat. Kau boleh sabar! Kau mesti percaya setiap peristiwa ada hikmahNya. Bila orang sakitkan hati kita, buat kita macam sampah dan sebagainya, itu namanya dugaan. Allah beri kita dugaan sebab Dia tahu kita mampu untuk menghadapinya dengan baik, dengan tenang dan sabar. Dia nak lihat sejauh mana kita boleh membina sifat-sifat baik, sifat-sifat positif dalam diri kita bila kita diberi dugaan. Konsep sama lah macam exam. Bila dah nak exam, kita tahu soalan tu susah. So, kita berusaha juga untuk belajar walaupun tahu soalan dia memang susah. Tapi bila tiba masa kita jawab, kita tengok soalan tu senang. Sebab apa? Sebab kita belajar. Itu hasilnya. Kita dapat jawab soalan dengan mudah dan yakin. InsyaAllah, result pun kita boleh dapat yang baik. Setimpal dengan usaha kita.

So, kepada anda yang pernah melalui situasi sebegini, jangan terasa hati jika anda pernah melakukan perbuatan di atas. Kesilapan boleh diperbaiki. Lepas ni kalau tak puas hati, tulis je dalam blog tu tapi jangan dedahkan identiti. Kalau nak juga letak nama, ubah la nama si polan tu kepada nama lain yang kau sorang je tau. So, takdelah timbul pergaduhan, rasa tak puas hati sebab biasanya benda tu berlarutan.

"I'm sorry...." Kata kucen tu..
(picture from here)


Kucen pun boleh berbaik dengan ayam...
(picture from here)


Aku doakan kita semua dilindungi daripada sifat hasad dengki manusia dan diberikan kesabaran yang tinggi dalam menjalani hidup kita ni. InsyaAllah..AMIN...

Chill okay? Kau manusia yang hebat. Ingat tuh. Tapi jangan pulak timbul riak ye. Hehehe.

notadurian: Kalau lepas ni ada yang nak kondem aku sebab entry ni, aku redha je. Bukan aku buat jahat pun kan? Relax lah kawan...

Scrambler

Scrambler!!! Hahaha. Aku suka! Kalau dia tengok pun konfem jerit. Ahaks!

Ramai pelik kenapa aku suka scrambler. Diorang kata aku ni perempuan. Biasa perempuan mesti suka scooter. Tak pun motor-motor besar macam Harley ke ape ke. Perempuan tak elok suka benda-benda extreme ni.

Jawapan aku? HAHAHAHAHAA.... Aku gelak je. Hello.... Ingat scrambler tuh untuk lelaki je ke? Perempuan tak boleh? Mungkin aku nak tunggang sendiri agak payah sebab kurang ketinggian tapi impian aku nak miliki scrambler tetap tak berubah. Ketinggian boleh adjust. Minat tu yang penting.

Aku start suka scrambler bila dah terbiasa dengan jeritan orang di sebelah bila ternampak scrambler-scrambler smart lalu depan mata. Ternganga jugak dibuatnya. Kawasaki cun gak. Dapat yang off-road memang best. Tapi aku suka Morini ngan Ducati lagi. Hahaha. Tak boleh blah la kau ni sara. Nak yang mahal je! Eh, smart kot... Tak caya tengok la sendiri.

Selain scrambler, aku suka dengan backpack dia. Yang hard shell tu. Kat bawah ni aku tunjuk gambar-gambar scrambler dan backpack yang cun-cun. Enjoy!

Btw, gambo tu semua aku pinjam kat PakCik Gugel. Tapi takleh nak pulang balik lah. Hehehe.

Morini


Ducati

Kawasaki

Yamaha


Smart design dia.


Merah aku suka!


Hijau ni pun cun!


Hahaha. I like~!!!

[Picture credit to Google Image]

notadurian: Amek lesen moto dulu sara oiii. Pastu amek lesen moto B full. Baru ko boleh verangan nak bawak scrambler nih.

Saturday, January 22, 2011

FavQuote2

Salam.. Dah berapa hari cuti ni.. So, nak start dengan quote untuk entry kali ni.

"Nothing you wear is more important than your SMILE."
Smile. Senyum. Sama lah kan? Kau cantik macam mana pun, pakai vogue mana pun tapi kalau muka masam mencuka memang nampak buruk lah. Tapi kalau muka kau tak secantik Barbie ataupun secomel Pocoyo, kau senyum dengan ikhlas, memang konfem aku cakap kau sweet, kau ensem, kau comel. Sebab??? Senyuman tu lebih menggambarkan kecantikan peribadi seseorang. Senyuman yang ikhlas, bukan buatan ye.

Aku ada ramai kawan yang aku suka tengok muka diorang. Sebab senyuman diorang. Memang nampak 'jernih' je muka bila senyum. Muka suci bak kata aku. Hehehe. Keep it up guys!

Aku ni pun kadang-kadang bermasalah jugak nak senyum ikhlas ni. Yelah, bila ada problem yang sangat complicated, tak sihat ke. Susah jugak nak senyum. Tapi cuba jugaklah untuk senyum selagi mampu. Sorry kepada orang-orang yang selalu tengok muka aku macam jeruk je. Hehehe. InsyaAllah, aku akan terus senyum dan senyum untuk korang dan opkos untuk diri sendiri. Smile is a good theraphy you know!

Aku percaya pada senyuman melambangkan kecantikan seseorang.
Aku percaya yang senyuman boleh mengubah keadaan.
Aku percaya senyuman boleh mengubat kesedihan seseorang.

Tak percaya? Cubalah senyum dengan ikhlas. Senyum dengan hati yang lapang walaupun kau tengah dilanda pelbagai masalah. Senyum. Senyum. Senyum. Kan comel tuh! Hehehe...

Meh layan lagu Senyum by Najwa ft. Malique.

Hahaha. Aku suka dengan mamat daun tuh. Senyum!
(video from YouTube)

notadurian: Senyum... Tak perlu kata apa-apa. Tapi jangan pulak senyum memanjang je. Kang orang cakap kau gila. Hahaha!

Monday, January 17, 2011

Syukur

Assalamualaikum =)

Hari ni berjalan dengan baik walaupun banyak dugaan dilalui. Alhamdulillah, bersyukur sangat Allah permudahkan segala urusan aku. Padahal semalam dah sangat risau sebab banyak kerja tertangguh dan semuanya kena settle hari ni. Salah aku jugak lalai sangat. Hehehe...

1st, tutorial! Kena siapkan tutor yang aku tak tau pape sebab tak datang kuliah dia. Demam masa tuh. Tapi dapat jugak siapkan lepas tengah malam sebab paginya kena bawak pergi kelas tutorial & present. Thank you to my rumet Fiera sebab tolong pinjamkan jawapan untuk aku semak. Hehehe..

2nd, lab report! Hahaha.. Yang ni memang aku tangguh-tangguh pun sebab i'm a last minute worker. Tapi sebenarnya tak elok jugak sebab tangguh buat kerja, interview pun tak dapat nak prepare apa-apa. Huhuhu. Entahlah.. Aku memang tak reti buat kerja awal. Nanti tak menjadi. Anyhow, aku dapat jugak siapkan semuanya petang tadi pkl6.30 sebab malamnya kena submit. Tapi macam biasalah. Copy, paste & edit. Fahamkan gitu-gitu je. Huhuhu. Tapi lepas ni kena fahamkan betul-betul la sebab lecturer tu tanya pulak kang. Thanks Nad untuk servis printing. Hehehe.. Usahawan berjaya.

3rd, interbiu! Huhuhu.. The most scary part dalam hidup aku hari ni. Alhamdulillah aku dapat praktikal kat tempat tu. Rezeki je kot sebab aku memang tak prepare apa-apa. Main jawab je. Orang yang interview tu orang German. Memang fully in english la. Dah macam interbiu nak mintak kerja jadi engineer. Huhuhu. Lepas habis orang tu soal, dia bawak aku lawat workstation. Terbuntang jugak bijik mata ni tengok mesin-mesin tu. Yelah, aku mana lah ada pengalaman kat tempat macam tuh. Rasanya nak sentuh mesin tuh pun memang tak berani. Huhuhu. Nampak gaya kerjanya maybe agak boring and penat jugak la sebab deal dengan measurement, precision, assembly etc. Kena fokus la kerja ni. Cabaran tuh 3 bulan nak hadap. Dah la takde geng. Harap-harap lepas ni dia panggil geng-geng aku interbiu pulak. Boleh la ada kawan. Heheheh. Camne pun, aku tak nak hepy sangat sebab aku tak tau apa yang menunggu aku nanti. Hope semuanya okay. Btw, thanks kepada my Pocoyo sebab banyak tolong aku petang tadi. Thank you so much!

Dalam banyak-banyak tuh, aku paling frust sebab tak dapat cari Maggie Tomyam kat Mydin tadi.. Huhuhu. Kempunan ni. Dah mengidam kot. Takpe-takpe. Nanti cari lagi. Buat sementara ni kena nikmati Mamee Mi Goreng Indonesia. Hehehe. Harap-harap sedap la. Ahaks! (written at 10.50pm)

*Updated at 11.32pm : Mamee Mi Goreng Indonesia memang sedap! Pastu aku tambah lagi dengan sambal kicap Cik Miera. Memang totally awesome. Then, minum teh tarik. Wahhh... Nikmat dunia! Alhamdulillah kenyang...

Meh...Meh...Jemput makan..


notadurian: aku sudah addict sama itu kartun Pocoyo!

Sunday, January 16, 2011

Lesen Memandu @ZAPCITY - PART 1

Assalamualaikum. Hye2...

Bangun pagi dengan senyuman dan gelak, memang best! Terima kasih my pocoyo.

Hari ni the whole day berada di Zapcity untuk kelas KPP. Kalau korang baca entry aku sebelum ni mesti tau kan 16 Januari 2011, aku start amek lesen. Ni aku nak cerita la apa yang aku lalui hari ni.

"Cer cite... Cer cite...", bak kata penduduk Kampung Pisang.
Pagi aku bangun before 6a.m. tapi golek punya golek, pukul 6.10 baru lah bangun pergi mandi, solat dan siap-siap. Tengah siap-siap tu sempat lah juga panaskan sardin semalam untuk dimakan bersama roti Gardenia. Walaupun roti tu sedap dimakan begitu saja, tapi lagi sedap makan dengan sardin. Hahaha. So, aku dah ready la tapi lom pakai tudung, just ready nak breakfast. Tiba-tiba je ada dengar suara donald duck macam kat bawah ni.




Terkejut aku ada bunyi itik menyanyi-nyanyi lagu Krismas. Rupanya bunyi henfon aku. Ada nombor yang tak dikenali ni. Tapi malas nak syak pape, aku angkat je. Oh, pakcik van zapcity tu yang call. Dia cakap dia dah tunggu kat simpang. Aku pun pelik. Eh, awalnya. Padahal kerani kat zapcity tu cakap lagi 10 minit pakcik tu nak sampai, dia akan call. Kelam kabut jugak lah aku capai tudung ekspres (tudung ekin) and lari-lari keluar pintu. Yelah, aku memang tak suka buat orang tunggu aku. Rasa bersalah kot.

Dah sampai kat simpang depan tu, aku tengok takde pun van kat situ. Isyhh! Mana pak cik ni? Dah la tengah gelap masa tu. Boleh pulak dan-dan je aku toleh kiri, nampak la anjing hitam putih yang pernah ada sejarah dengan aku. Semester lepas, anjing tu lah yang dok kejar aku sampai aku boleh jadi ratu pecut kawasan taman tuh. Hahaha. Sesuka hati je gelar diri ratu pecut kat taman tuh padahal entah berapa ramai lagi yang dah jadi mangsa anjing tak hensem tuh. *winkwink kepada sesiapa yang pernah jadi mangsa* Bayangkan aku boleh lari dalam masa tak sampai 1minit merentasi padang depan rumah aku dengan anjing tu dok mengejar. Isyhh! Memang memori terindah la.

Okeh. Nampak anjing tu je, badan aku terus statik tak nak gerak sebab nanti anjing tuh nampak pulak. Mampus aku nak kena buat larian dalam kelajuan cahaya. Silap-silap boleh sampai Zapcity tuh tak payah naik van dah. Heee.... Sambung! Sambung! Lepas dah statik tuh, aku terus call balik pak cik tuh tanya dia kat mana. Rupanya dia gi tunggu kat hujung jalan rumah aku. Huhuhu. Takpe-takpe. Tak lama pastu pak cik tuh pun sampai. Fuhh!! Lega aku. Bye-bye Mr. Dog!

So, bermulalah perjalanan yang agak memboringkan sebab pak cik tuh kena amek pelajar-pelajar lain kat kawasan rumah diorang. Memang kebanyakannya lambat. Kesian jugak pak cik tuh dah marah. Yelah, dia nak kejar masa, ada pulak yang lambat. Sabar ye pakcik. So, lebih kurang pukul 8.30 camtu sampai kat Zapcity.

Tak habis lagi ye.. Kena beratur pulak untuk urusan daftar dan bayaran. Kat situ, diorang pakai sistem e-driving yang mana student diberikan satu kad pintar yang mengandungi rekod peribadi mereka. Lagi satu, Zapcity jugak pakai sistem scan cap jari masa datang dan balik. Thumbs up! Just yang leceh kena beratur la. Standard lah tu. Pakcik tuh cakap time kursus KPP je yang ramai camtu. Time-time lain tak macam tuh. Lega aku dengar sebab tak dapat bayang kalau time amali pun seramai tuh. Konfem satu hari pun tak cukup. Huhuhu.

Dah masuk kelas dia, makkkkk...Sejuk! Dah lah aku tengah selsema dan batuk. Bersabar je lah! Nasib baik malam sebelum tuh dah beli siap-siap gula-gula Halls ngan Hacks. Plus, air mineral satu botol. Student dalam bilik kuliah tuh ada 42orang. Lagi satu bilik tak tau lah berapa orang. Kursus tu start pukul 10.16a.m. Bayangkanlah kuar rumah dekat pukul 7a.m. Start pukul 10.16a.m. Huuu.... Sabar..Sabar... Biasalah kan pendaftaran konfem amek masa yang lama. Student pun ramai. So, kena faham kat situ.

Ni buku yang dapat masa kursus KPP.


Btw, nak pesan kat korang. Lau gi kursus KPP ni, sila breakfast ye. Lama kot nak tunggu habis. Kantin yang ada pun mestilah ramai orang. Tak pun, bawaklah bekal apa-apa. This is a reminder for me also! Hehehe.

Start kelas tuh, memang best lah. Tak boring. Sebab pengajar dia memang best dan kelakar. Pengalaman-pengalaman diorang pun diselitkan. Okeh lah tu kan? Takdelah kau ngantuk sangat. Eh, tapi bukan aku asyik menguap ke masa kat kelas tu? Memang lah. Oksigen tak cukup plus dengan tidur tak cukup. Hehehe. Amek kau!

Waktu rehat dia, pukul 11 a.m dan pukul 1p.m. Dua-dua tu dia bagi masa setengah jam je. Before pukul 1p.m tu, pengajar pertama yang ajar. Encik Sani. Lepas pukul 1p.m tuh pulak, pengajar kelas sebelah pulak amek alih. Gilir-gilir gitu. Overall memang okay lah kelas tuh. Just aku ni kadang-kadang tak fokus sebab contohnya bila Encik tu cerita pasal papan tanda amaran kat jalan raya, aku pun mula la menerawang kepala ni. Dok bayang dekat jalan mana ada papan tuh, then melalut-lalut pulak bayangan aku tuh. Verangan!!! Isyh! Bila macam dah tersedar tuh, aku lost kejap. Hahaha. Padan muka aku.

Tapi most of the thing aku tak dapat catch up sangat sebab belajar teori ni tak sama lah dengan kau belajar praktikal kan. Kau kena buat simulation sendiri dalam kereta dan bila kau gi merendek, meronggeng tuh, sila perhatikan sekeliling. Dah tak boleh pikir nak have fun dah. Kena amek perhatian. Hehehe. Konfem aku pasni jadi macam budak tadika baru belajar tengok signboard. Excited gitu. Kwang3....

Kelas abis pukul 3.30p.m. Naik la van yang sama untuk balik. Otw balik tuh agak mencabar bagi aku. Yelah aku memang dok seat depan sebelah pakcik tuh. Van tuh pulak buat hal dok terhenjut-henjut. Aku dalam kepenatan tuh memang naik pitam lah nak tunggu sampai umah tu sebab aku orang last dihantar. Sabar je lah. Sampai rumah memang sangat lepak. Lepas buat apa-apa yang patut, aku pun apa lagi. TIDURRRRR...........

Tu dia pengalaman nak amek lesen memandu ni. Lepas ni kena book untuk ujian komputer lak. Kena buat latihan dalam buku yang ada 500soalan tuh. Soalan yang dia tanya just 50. Tapi kena skor 42 ke atas. Baru lulus. Konfemlah aku buat style macam final exam. Last minute study, fahamkan dan hafal! InsyaAllah boleh... Hehehe.

So, kalau korang nak amek lesen memandu kat Zapcity, boleh lah tengok-tengok dulu kat website dia.
www.zapcity.com.my
 Harga ekot korang punya lesen la. Macam aku, aku amek lesen kereta je. So, nett price RM735 (termasuk kos pengangkutan). Kalau korang nak pergi sendiri tak nak van amek, harga dia RM685. Buat masa ni tu lah promosi dia. Yang lain-lain, tengoklah sendiri kat website tuh.

Untuk bayaran tambahan, buku soalan ujian berkomputer tu RM4 untuk versi BM, RM10 untuk versi BI. Insurans pulak dia tak paksa. Insurans berkelompok dari Kunia Insurans. RM15 je dan valid selama setahun. Aku suggest korang amek la sebab kecelakaan ni kita tak tau kan bila dia nak kena. Ni sebagai langkah yang baik supaya kalau ada apa-apa yang berlaku kat korang, insurans boleh cover. Ada faham? Takkan la 15 hengget tuh pun nak berkira kan? Topup korang laju je beli tapi dengar insurans, teros tak maw. Tak boleh macam tuh okeh. Insurans sangat penting. Maybe next-next entry aku akan cerita pasal kebaikan insurans. Tapi tak janji lah dalam masa terdekat sebab kena korek-korek info dulu. Hehehe.

Ni buku yang ada 500 soalan tu. RM4 sahaja.


Okeh. Abis cerita. Tunggu Part 2 pulak ye. Cerita aku amek ujian berkomputer.

notadurian: Rasa nebes bila pikir nak kena drive tuh. Lagi-lagi masa dengan JPJ. Hahaha.

Saturday, January 15, 2011

Apa Yang Buat Awak......?

1. Apa yang buat awak happy?
Bila orang ajak kuar jalan-jalan. Seyes hepy! Hahaha. Tak suke terperap.

2. Apa yang buat awak sihat?
Senyum selalu. =) Ngeeee....Okeh, itu sengih!

3. Apa yang buat awak sedih?
Fuh.. Banyak sebab.. Tak payah jawablah. Nak hepy je.

4. Apa yang buat awak boring?
Bila terperap je kat umah, mengadap FB.

5. Apa yang buat awak aktif?
Bila dapat "meronggeng". Hahaha...

6. Apa yang buat awak excited?
Bila dapat tengok cite katun especially cite Barbie. Kakakaka.

7. Apa yang buat awak tersenyum sorang-sorang?
Bila dapat msg sweet lagi2 morning wish... Hahaha.. Tegang je pipi senyum tak sudah.

8. Apa yang buat awak marah?
Bila orang buat saya macam sampah. Seriously marah!

9. Apa yang buat awak geram?
Tengok muka baby yang comel-comel and tengok perut ibu mengandung. Hahaha.

10. Apa yang buat awak jawab soalan-soalan ni?
Sebab soalan mesti dijawab. Kan kan kan??? Hehehe

Korang nak copy soalan-soalan ni boleh je. Aku sendiri yang buat soalan ni. Nak tambah-tambah pun boleh. Selamat menjawab.

Friday, January 14, 2011

Incik Kamus Yang Sengal Ubi (PART 2)

Post ni adalah hasil translation Encik Kamus Gugel Chrome terhadap entry "Hari Ini dan Semalam". Jangan konpius pulak. Harap maklum & enjoy! Hahaha..



Today and Yesterday

Assalamualaikum ....

Cewah. I already see the kind of song titles! Hahaha.

LETS je want menceceh article Arini. Hurm. The oppressive day for me because still can not breathe properly. Isyhhh! CPR please .... Sape want to volunteer? Hehehe.Dreams is you!

Today I am well satisfied and successful (section can not be blah!) Go college in the state did not want a healthy number. Consequently, shortness of breath made. Tu hot morning classes. Dah lah tuh class with Miss Top. More la plus nebes made for asthma do not want to be present kat call ahead. Hihihi.

Sedapnya this penguin to econ ...
(Picture taken from here )


Class at 3 pm pulak. Yeah, i like you Prof Dr Ir Sporting! But I do not want to be happy is even Ir tu very sporting. Kot is one day he suddenly rose hangin, spleen heart seared my maw ya. He was already a warning, do not let him get angry. So, beware of the dog (like the word Zizan Raja Lawak).

Kat Ir Sporting tuh class, once again Akon aircond do it. Very, very hot! I was first steady JE long time but I already began to feel shortness of breath. Fuhh! Sabo ...Sabo ... 2 hours pulak tuh class. Btw, please tenkiu Dyah fan because I'm cute. I lebiu given the strong! Mmmuaaahhhh!

Now, still not breathing properly. Huhuhu ... Help me! Help me! (Make screams style house on fire with kegedikan. Euuwww!)

Btw, I have great news for myself. Work for you do not know lah kan. I want amek license otw! Yeah! Not a bike or truck license okeh. Car license. Class starting this Sunday he. But it had to be fed 5jam ears hear all tuh. Huhuhu. God willing, be je ...Takpelah right. This thing was already 5 years I was to wait for the new. I was desperate Tu je. Rich man want to wait until when? Hopefully this license does not trouble me in terms of financial mama coz I do not want to use the money my mom.She has spent a lot of money for me. God willing, one day I will reply to their kindness that has been courteous to me. I really appreciate all of you! Thanks a million =)

(Picture taken from here )

Oh! Lupa pulak. PTPTN! If ye want to approve my application? What I'm waiting at sem nih. I want money again quickly not to enjoy but do not want to make life difficult for my parents who Mulia. Please help make work a little faster tuh! He would not want the form to me at how long tu amek also wants many times. If you call, busy line busy je tuh. It can be impatient but how long at this. If not received any, the answer is at least. Tu-Reti Reti were not to? Haiyaaa .....

Okeh. The title is already at the top of the convertible so TODAY AND YESTERDAY AND LAST SEMESTER yesterday and. Hahaha.

Good. Salam ...

HeartBeat